Utusan Borneo (Sarawak)

Kemuka borang B sebelum 31 Ogos: LHDN

-

PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semalam mengingatk­an pembayar cukai individu yang mempunyai pendapatan perniagaan untuk mengemukak­an borang B bagi tahun taksiran 2019 selewat-lewatnya, 31 Ogos ini.

Sebagai panduan pengemukaa­n borang tersebut, pembayar cukai boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2020 menerusi pautan bagi bahasa Melayu: http:// lampiran1.hasil.gov.my/ pdf/pdfam/ProgramMem­failBN_2020_Pin.3_1.pdf dan pautan bagi bahasa Inggeris: http://lampiran1. hasil.gov.my/pdf/pdfam/ ProgramMem­failBN_2020_ Pin.3_2.pdf.

Bagi membantu pembayar cukai individu kategori itu mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) mereka, turut disediakan senarai pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2019 yang boleh diakses daripada portal rasmi LHDNM di www.hasil.gov. my > Individu > Pelepasan Cukai.

LHDN dalam kenyataan semalam turut meminta pembayar cukai mengisi maklumat diri dan perbankan dengan tepat untuk kelancaran proses bayaran balik cukai.

Antara maklumat terkini dan penting yang diperlukan untuk proses bayaran balik cukai terlebih bayar ialah nama penuh, nombor pengenalan diri, maklumat akaun bank yang aktif, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel dan nombor pendaftara­n pertubuhan (bagi pembayar cukai kategori pertubuhan).

“Pemprosesa­n bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDNM dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia