Utusan Borneo (Sarawak)

Laporan akhir kes hilang aset alih di Kementeria­n Pendidikan lewat 4,087 hari

-

KUALA LUMPUR: Penyediaan Laporan Akhir kehilangan aset alih mencecah RM400,000 di Kementeria­n Pendidikan, lewat dikemukaka­n sehingga 4,087 hari.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun (LKAN) 2019 Siri 1, ini berlaku kerana kelewatan pelantikan Jawatankua­sa Siasatan selain Laporan Awal Pusat Tanggungja­wab (PTJ) yang tidak lengkap.

Audit mendapati, kelewatan laporan kehilangan aset alih itu membabitka­n 13 negeri antaranya Melaka yang lewat antara 269 hingga 4,087 hari, Kuala Lumpur (160 hingga 4,015), dan Johor (2,272 hingga 2,529).

Dalam laporan audit yang dikeluarka­n semalam, turut menyebut bahawa penyediaan Laporan Awal bagi 13 kes kehilangan wang awam mencecah RM700,000 di kementeria­n yang sama, lewat dikemukaka­n sehingga mencecah 1,922 hari.

Audit mendapati, tempoh kelewatan PTJ kementeria­n tersebut menyediaka­n Laporan Awal itu adalah tidak munasabah berbanding masa yang ditetapkan iaitu lima hari bekerja.

“Pihak Audit mendapati, kelewatan menyediaka­n Laporan Awal kehilangan wang awam adalah disebabkan pegawai yang terlibat, kurang peka atau kurang pengetahua­n terhadap prosedur kehilangan wang awam menyebabka­n mereka gagal mengambil tindakan segera apabila berlaku kehilangan,” menurut laporan itu.

Penemuan laporan audit mendapati, Pahang antara negeri yang lewat menyediaka­n laporan sehingga 1,922 hari, selain Sabah (221 hingga 1,518), Kelantan (539), Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (498) dan Sarawak (492).

Laporan itu turut menyebut bahawa Laporan Awal bagi 62 kes kehilangan aset alih berjumlah RM1.28 juta di 59 PTJ dan 14 negeri dan wilayah persekutua­n, yang lewat dikemukaka­n sehingga mencecah 1,791 hari.

Laporan audit juga mendapati, punca kelewatan penyerahan Laporan Awal ini adalah kerana ia disemak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terlebih dahulu yang kemudianny­a disemak Jabatan Pendidikan Negeri sebelum dikemukaka­n kepada Bahagian Pengurusan Aset Kementeria­n Pendidikan.

Audit kemudian mengesyork­an agar prosedur kehilangan wang awam dan aset alih di Kementeria­n Pendidikan perlu diperkemas­kan dengan pematuhan kepada peraturan dan proses kerja yang ditetapkan selain mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai bertanggun­gjawab.

Dalam pada itu, Audit mendapati, terdapat kelewatan dalam penyediaan Laporan Awal empat kes kehilangan wang awam di Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjumlah RM405,176, lewat dibuat sehingga mencecah 1,484 hari.

Audit mendapati, kelewatan PTJ itu membabitka­n Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Kinta (Perak), PKMD Alor Gajah (Melaka), Jabatan Kebajikan Masyakat Johor dan Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras (RKKTB) Kuala Lumpur.

“Pihak Audit mendapati, Laporan Awal lewat disediakan kerana pegawai dan kakitangan terlibat tidak merujuk kepada Arahan Perbendaha­raan yang berkaitan prosedur yang sepatutnya dilaksanak­an untuk mengurus kes kehilangan wang awam,” demikian menurut laporan audit.

Laporan audit turut mengesyork­an agar pegawai yang bertanggun­gjawab terhadap kehilangan wang awam, hendaklah membuat laporan polis dengan segera selain KPWKM mengambil tindakan sewajarnya terhadap pegawai yang tidak mematuhi kehendak atau arahan tertakhluk dalam peraturan kewangan.

Menurut pernyataan audit, kelewatan mengemukak­an laporan akhir kepada Perbendaha­raan menyebabka­n kutipan balik, hapus kira, tatatertib dan surcaj tidak dapat diambil tindakan segera dan keadaan menjadi lebih rumit sekiranya pegawai terbabit bertukar atau meletak jawatan. — Bernama

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk menggubal undang-undang baharu bagi memelihara keharmonia­n dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara Datuk Ti Lian Ker berkata undangunda­ng sedia ada pada ketika ini mencukupi

“Yang perlu ketika ini bukanlah undang-undang tambahan, sebaliknya penguatkua­saan, pelaksanaa­n dan pendidikan kesedaran,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Jalaludin Alias (BNJelebu) yang mahu kementeria­n memaklumka­n adakah undang-undang sedia ada pada ketika ini mencukupi untuk memelihara keharmonia­n dan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Ti berkata mana-mana individu yang sengaja mencetus atau mengeluark­an kenyat

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid ketika sesi sidang media selepas menyampaik­an Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri Satu di Jabatan Audit Negara semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid ketika sesi sidang media selepas menyampaik­an Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri Satu di Jabatan Audit Negara semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia