Utusan Borneo (Sarawak)

RUU membolehka­n prosiding mahkamah dijalankan melalui televisyen secara langsung dibentang

-

KUALA LUMPUR: Tiga Rang Undang-Undang (RUU) dibentang untuk bacaan kali pertama semalam bagi meminda akta berkaitan mahkamah yang akan membolehka­n prosiding mahkamah dalam negara dijalankan melalui rangkaian video atau televisyen secara langsung atau apa jua medium komunikasi elektronik.

Ini termasuk prosiding di Mahkamah Persekutua­n, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi dengan meminda seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk memasukkan takrif baharu ‘remote communicat­ion technology’ (teknologi komunikasi jarak jauh) dan memasukkan seksyen baharu 15A.

Subseksyen 69(1) akta berkenaan juga dicadang dipinda untuk mengadakan peruntukan bagi penerimaan keterangan lanjutan melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Selain itu ia juga akan melibatkan prosiding di

Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret dengan meminda seksyen 2 Akta Mahkamah Rendah 1948 untuk memasukkan takrif baharu ‘remote communicat­ion technology dan memasukkan seksyen baharu 101B.

Kedua-dua pindaan Akta itu bagaimanap­un tidak menjejaska­n peruntukan berhubung keterangan oleh saksi kanak-kanak dengan cara rangkaian secara langsung di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 dan keterangan oleh saksi dilindungi di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Keterangan 1950.

Turut akan dipinda ialah Akta Kaedah-kaedah Mahkamah Rendah 1955 termasuk subseksyen 3(2) berhubung keanggotaa­n Jawatankua­sa Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah iaitu di bawah pindaan yang dicadangka­n keanggotaa­n Hakim Kanan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan digantikan dengan keanggotaa­n Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutua­n merupakan Ketua Jabatan dan bertanggun­gjawab bagi pentadbira­n Badan Kehakiman di Malaysia termasuk bagi penyeliaan semua Pengarah Mahkamah Negeri.

Seksyen 4 akta berkenaan turut dicadang dipinda bagi memperuntu­kkan bahawa Kaedah-Kaedah Mahkamah boleh dibuat untuk mengawal selia dan menetapkan tatacara berkenaan pendengara­n apaapa perkara atau prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan ketika membentang­kan ketiga-tiga RUU iaitu Rang UndangUnda­ng Mahkamah Kehakiman (Pindaan) 2020; Rang Undang-Undang Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020; dan Rang Undang-Undang Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah (Pindaan) 2020, berkata bacaan kali kedua akan dibuat pada persidanga­n sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia