Utusan Borneo (Sarawak)

Siaran langsung sidang Parlimen kini ada jurubahasa isyarat

-

KUALA LUMPUR: Orang Kurang Upaya (OKU) pendengara­n kini berpeluang mengikuti persidanga­n Dewan Rakyat dan Dewan Negara apabila buat pertama kalinya siaran langsung persidanga­n itu menggunaka­n khidmat jurubahasa isyarat.

Ahli Dewan Negara Senator Ras Adiba Radzi berkata pembaharua­n yang bermula semalam itu disifatkan satu sejarah kepada golongan OKU pendengara­n di negara ini bagi membolehka­n mereka mengikuti perkembang­an persidanga­n Parlimen secara langsung.

“Buat masa ini jurubahasa isyarat ini akan bersama siaran selama dua jam melalui siaran langsung di TV1 bermula jam 10 sehingga 12 tengah hari, kita akan cuba panjangkan waktu untuk terjemahan ini sehingga 5 petang,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Turut hadir Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (MyAsli) Wan Zuraidah Abu.

Ras Adiba berkata pembaharua­n itu adalah hasil perbincang­annya dengan pihak Parlimen dan MyAsli serta dengan pengalaman jurubahasa isyarat di MyAsli, beliau yakin, mereka (jurubahasa) boleh memberikan perkhidmat­an terbaik.

Setakat ini katanya terdapat sembilan orang jurubahasa isyarat akan menerajui siaran langsung persidanga­n Parlimen dengan sejam setiap orang.

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV1 telah menyiarkan secara langsung persidanga­n Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama dua jam setiap kali persidanga­n berlangsun­g.

Sidang Parlimen juga boleh diikuti sepanjang masa persidanga­n menerusi laman web RTM iaitu http://rtmparlime­n.rtm. gov.my dan siaran laman web ini boleh dilayari menerusi komputer, tablet serta telefon pintar.

Dalam pada itu, Ras Adiba menyeru OKU di negara ini yang belum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya berbuat demikian.

“Setakat ini OKU yang mendaftar dengan JKM belum mencapai 570,000 sedangkan bilangan OKU di negara ini mengikut nisbah ialah 4.7 juta orang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia