Utusan Borneo (Sarawak)

22 mayat ditemui luar pantai Libya

-

TRIPOLI: Pertubuhan Bulan Sabit Merah Libya menemui mayat 22 pendatang di luar pekan pantai Zwara kelmarin, menurut Internatio­nal Organizati­on for Migration (IOM).

“Pada hari ini, 22 mayat telah ditemui Pertubuhan Bulan Sabit Merah Libya di Zwara,” ketua misi IOM di Libya Federico Soda menulis dalam Twitter, berkongsik­an sekeping gambar yang menunjukka­n beg mayat yang disusun di sebuah pantai.

Pada Rabu lepas, IOM dan agensi pelarian PBB menyatakan beberapa pendatang dan pelarian telah terkorban di luar Libya dalam kejadian kapal karam paling teruk pada tahun ini.

Pihak agensi menyatakan mangsa terselamat dari kejadian karam Isnin lepas, 37 daripada mereka telah diselamatk­an nelayan, menyatakan sekurang-kurangnya 45 lagi termasuk lima kanak-kanak maut apabila enjin kapal yang dinaiki meletup di luar Zwara.

Tragedi terbaharu, di barat Tripoli, membawa kepada 302 pendatang dan pelarian yang diketahui terkorban dalam perjalanan setakat ini pada tahun ini, menurut IOM dan UNHCR, menegaskan jumlah sebenar kemungkina­n jauh lebih tinggi.

Safa Msehli, jurucakap bagi IOM di Geneva, memberitah­u AFP kelmarin ia adalah kemungkina­n 22 mayat itu dari kejadian karam yang sama, berdasarka­n kepada lokasi yang dilaporkan bagi kejadian kapal karam. “Mayat-mayat yang ditemui hari ini kesemuanya lelaki Afrika.

“Kami masih tidak mempunyai maklumat mengenai warganegar­a mereka,” tambah beliau.

Libya berada dalam kekacauan semenjak pengguling­an pada 2011 dan pembunuhan diktator Muammar Ghaddafi dalam kebangkita­n yang disokong NATO, walaupun pentadbira­n lawannya menyatakan pada Jumaat lepas mereka akan menggencat semula peperangan dan menganjurk­an pilihan raya di seluruh negara tidak lama lagi.

Sejak pengguling­an Ghaddafi, Libya telah menjadi laluan utama migrasi yang tidak kerap dari Afrika ke Eropah, merentasi Lautan Mediterran­ean.

Pelepasan pendatang dari pantai Libya bertambah kepada hampir 300 peratus pada tahun ini di antara Januari dan hujung April, berbanding dengan tempoh yang sama pada 2019, menurut kepada PBB.

“Kematian mengerikan ini adalah hasil polisi yang semakin ketat terhadap rakyat yang melarikan diri daripada konflik dan kemiskinan tegar, serta satu kegagalan terhadap kemanusiaa­n untuk menguruska­n aliran migrasi dengan sepatutnya,” tambah Soda kelmarin.

Lebih 100,000 pendatang cuba untuk menyeberan­gi Mediterran­ean pada tahun lepas dengan lebih 1,200 terkorban dalam cubaan tersebut, menurut kepada IOM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia