Utusan Borneo (Sarawak)

Presiden Brazil hilang sabar ketika sidang media

-

SAO PAULO: Presiden Brazil Jair Bolsonaro kelmarin mengancam untuk menumbuk seorang wartawan beberapa kali pada bahagian mulut selepas ditanya mengenai kaitan isterinya dengan satu skim rasuah.

“Saya mahu menumbuk mulut awak beberapa kali,” kata presiden haluan kanan ketika seorang wartawan O Globo mengemukak­an soalan tersebut.

Wartawan tersebut merupakan sebahagian daripada sekumpulan wartawan yang menemui Bolsonaro selepas kunjungan rutinnya kelmarin ke Katedral Metropolit­an di Brasilia.

Presiden tersebut tidak mengendahk­an bantahan daripada wartawan yang lain selepas kenyataan itu dan pergi tanpa memberikan komen lanjut.

Wartawan O Globo itu menanyakan tentang satu laporan dalam majalah Crusoe yang mengaitkan Wanita Pertama Michelle Bolsonaro dengan Fabricio Queiroz, seorang pesara polis dan rakan kepada presiden serta bekas penasihat kepada anak lelakinya Flavio Bolsonaro, yang sekarang merupakan seorang senator.

Queiroz dan Flavio Bolsonaro dalam siasatan bagi satu skim yang dikatakan menipu gaji dari kakitangan kerajaan ketika anak Bolsonaro adalah seorang anggota perundanga­n wilayah di Rio de Janeiro, dan sebelum Bolsonaro menjadi presiden pada Januari 2019.

Menurut majalah tersebut, Queiroz telah memasukkan dana ke dalam akaun bank Michelle di antara 2011 dan 2016.

Wanita pertama itu tidak menyatakan apa-apa mengenai kes tersebut.

Tidak lama selepas kejadian kemarahan presiden O Globo mengeluark­an kenyataan menafikan serangan beliau terhadap seorang wartawan dari akhbar tersebut yang menjalanka­n tugasnya dengan cara yang profesiona­l.

Ugutan sebegitu menunjukka­n Bolsonaro tidak mengakui tugas seorang kakitangan awam untuk bertanggun­gjawab terhadap orang awam, tambahnya lanjut.

 ?? — Gambar AFP ?? HILANG SABAR: Bolsonaro (kanan) bergambar dengan para penyokong di luar Katedral Metropolit­an di Brasilia, kelmarin.
— Gambar AFP HILANG SABAR: Bolsonaro (kanan) bergambar dengan para penyokong di luar Katedral Metropolit­an di Brasilia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia