Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan seksual terhadap wanita diprotes

-

TEL AVIV: Ribuan peneroka haram Yahudi mengadakan tunjuk perasaan dan menyaksika­n pemberhent­ian kerja secara simbolik kelmarin bagi mengecam keganasan seksual terhadap wanita selepas kejadian rogol berkumpula­n terhadap seorang gadis berusia 16 tahun di sebuah pusat peranginan Laut Merah.

Mogok selama sejam pada waktu tengah hari telah dilakukan bagi membantah keganasan yang semakin berkembang terhadap wanita di Tel Aviv serta kekurangan hukuman sewajarnya, kata kumpulan wanita Bonot Alternativ­a.

Salah seorang penganjur acara tersebut Ariel Peleg memberitah­u AFP sekurangku­rangnya 30 organisasi dan syarikat, termasuk perbandara­n dan Microsoft Israel, terlibat dalam acara yang jatuh pada hari pertama bagi minggu bekerja.

Pada waktu petang, tunjuk perasaan telah diadakan di seluruh negara, dengan ribuan orang menghadiri acara utama di bandar pantai Tel Aviv.

Satu laporan AFP di sana menyatakan ramai peserta yang memakai pakaian mereka di atas permintaan pihak penganjur.

‘Mogok wanita’ telah dianjurkan selepas beberapa laporan sejak beberapa hari kebelakang­an ini mengenai kejadian rogol terhadap seorang remaja yang dimabukkan sekumpulan lelaki di sebuah hotel di pusat peranginan Eilat di Laut Merah.

Laporan itu mencetuska­n tunjuk perasaan di beberapa bandar pada Khamis lepas dan menerima kecaman daripada pemimpin kanan, termasuk Presiden Reuven Rivlin dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Pihak polis menyatakan 11 suspek, termasuk sembilan suspek bawah umur dan seorang wanita dikatakan sebagai pengurus hotel, telah diberkas berhubung kejadian itu dalam sebahagian siasatan yang sedang dilakukan.

 ?? — Gambar AFP ?? KECOH: Demonstras­i membanjiri Tel Aviv, kelmarin untuk mengecam keganasan seksual terhadap wanita susulan kes rogol gadis berusia 16 tahun di pusat peranginan Laut Merah.
— Gambar AFP KECOH: Demonstras­i membanjiri Tel Aviv, kelmarin untuk mengecam keganasan seksual terhadap wanita susulan kes rogol gadis berusia 16 tahun di pusat peranginan Laut Merah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia