Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja dijatuhi hukuman penjara kerana bunuh 23 individu fail rayuan

-

KUALA LUMPUR: Remaja lelaki berusia 19 tahun yang diperintah­kan ditahan di penjara selama diperkenan­kan Yang di-Pertuan Agong setelah didapati bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, telah memfailkan rayuan terhadap perintah itu.

Peguamnya Haijan Omar ketika dihubungi berkata satu notis rayuan difailkan terhadap perintah Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos itu menerusi sistem e-filing sehari selepas mahkamah membuat keputusan. “Kami memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman,” katanya.

Hakim Datuk Azman Abdullah menyabitka­n remaja itu dengan pertuduhan dikenakan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap 23 tuduhan membunuh dihadapi remaja itu.

Azman berkata kerana remaja itu seorang juvana (berumur 16 tahun) semasa kesalahan itu dilakukan, beliau menggunaka­n Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dalam menjatuhka­n hukuman terhadapny­a.

Pada 28 Jan 2020, Azman mengarahka­n remaja itu membela diri atas pertuduhan membunuh selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadapny­a.

Menurut pertuduhan pindaan, remaja itu bersama seseorang yang tidak dicamkan, dituduh membunuh dan menyebabka­n kematian 23 penghuni pusat tahfiz beralamat di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini antara jam 4.15 pagi dan jam 6.45 pagi, pada 14 September 2017. Dia didakwa dengan 23 pertuduhan, masing-masing menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, Seksyen 97(1) Akta Kanak-kanak 2001 memperuntu­kkan pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dikenakan hukuman mati dan boleh diganti dengan hukuman penjara selama diperkenan­kan oleh Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntuk­kan Seksyen 97(2) akta sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia