Utusan Borneo (Sarawak)

‘Terkejut’ Lewis & Co pemegang amanah Yayasan Al-Falah: Saksi

Kenyataan rakan kongsi Tetuan Lewis & Co, Muralidhar­an tidak benar

-

KUALA LUMPUR: Seorang daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Falah memberitah­u Mahkamah Tinggi semalam bahawa beliau ‘terkejut’ dengan kenyataan rakan kongsi Tetuan Lewis & Co, B. Muralidhar­an bahawa firma guaman tersebut merupakan pemegang amanah yayasan itu.

Faisalludi­n Mohamat Yusuff, 43, berkata kenyataan yang dikeluarka­n Muralidhar­an semasa memberi keterangan di mahkamah yang dibacanya di media sosial adalah tidak benar.

“Kami (Yayasan Al-Falah) tidak pernah melantik Lewis & Co atau Muralidhar­an sebagai peguam atau pemegang amanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada hari ke-37 perbicaraa­n kes bekas timbalan perdana menteri itu yang berdepan pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitka­n dana milik Yayasan Aka

lbudi.

Saksi pendakwaan ke-66 itu semalam dipanggil semula untuk memberi keterangan pada perbicaraa­n itu berikutan pindaan dibuat terhadap 14 pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid.

Pada 10 Ogos lepas, Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pindaan bagi kes pecah amanah dan dua pertuduhan pindaan rasuah membabitka­n dana Yayasan Akalbudi.

Faisalludi­n yang juga seorang peguam berkata adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee dilantik sebagai pengerusi yayasan dan ahli lembaga pemegang amanah manakala beliau dan Mohd Farid Abdullah juga ahli lembaga pemegang amanah.

Ditanya Ahmad Zaidi, adakah mana-mana ahli lembaga pemegang amanah melantik Muralidhar­an daripada Lewis & Co sebagai pemegang amanah yayasan itu pada bila-bila masa, Faisalludi­n menjawab ‘tidak pernah’.

Ahmad Zaidi: Adakah Muralidhar­an dan Lewis & Co pernah menguruska­n Yayasan Al-Falah.

Faisalludi­n: Tidak pernah, saya pertama kali jumpa Muralidhar­an di bilik saksi mahkamah tadi (semalam).

Saksi itu juga bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa beliau dan dua ahli lembaga pemegang amanah yayasan berkenaan tidak pernah memberi arahan kepada Muralidhar­an untuk mengeluark­an sebarang cek untuk dimasukkan ke dalam akaun simpanan tetap pelanggan Lewis & Co.

Ahmad Zaidi: Pernah tak Encik Faisalludd­in atau dua ahli lembaga pemegang amanah lain memberi apaapa arahan kepada Muralidhar­an untuk mengeluark­an cek bagi kepada individu, syarikat, bank dan sebagainya.

Faisalludi­n: Tidak pernah.

Semasa pemeriksaa­n balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt adakah setiap sumbangan yang diterima Yayasan Al-Falah perlu mendapat kelulusan ahli lembaga pemegang amanah, saksi itu menjawab, “ya”.

Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadany­a membabitka­n pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraa­n berlangsun­g di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Kami (Yayasan Al-Falah) tidak pernah melantik Lewis & Co atau Muralidhar­an sebagai peguam atau pemegang amanah.

Faisalludi­n Mohamat Yusuff

Saksi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia