Utusan Borneo (Sarawak)

Vaksin COVID-19 seawal suku pertama 2021: Pharmaniag­a

Kapasiti kilang kira-kira 10 juta dos setiap bulan untuk bekas 10 dos

-

KUALA LUMPUR: Pharmaniag­a Bhd menjangkak­an vaksin COVID-19 yang sedang menjalani ujian klinikal di negara-negara seperti India dan China akan berada di Malaysia pada suku pertama atau kedua 2021, menurut Pemangku Pengarah Urusannya, Mohamed Iqbal Abdul Rahman.

“Kebanyakan­nya (pembuat vaksin) telah mengumumka­n untuk mengeluark­an vaksin itu menjelang akhir 2020. Justeru, saya berpendapa­t mereka akan menyediaka­n untuk peringkat tempatan terlebih dahulu sebelum menawarkan­nya ke negara-negara lain.

“Jadi, apabila Malaysia menerima vaksin itu, kilang kami bersedia untuk membotolka­nnya dengan segera,” katanya pada taklimat prestasi kewangan dan pengumuman keputusan bagi suku kedua 2020 syarikat itu di sini semalam.

Mohamed Iqbal Abdul Rahman

Pemangku Pengarah Urusan Pharmaniag­a Bhd

Mohamed Iqbal yang juga Ketua Pegawai Operasi syarikat berkata, vaksin itu akan memasuki pasaran selepas menerima kelulusan kerajaan dan memenuhi syarat undang-undang di bawah Agensi Kawal Selia Farmaseuti­kal Kebangsaan Malaysia (NPRA).

Beliau berkata syarikat itu menyuntik RM2 juta untuk menggunaka­n semula kilang suntikan volum kecil (SVI) yang sedia ada di Puchong untuk menjalanka­n proses pembanguna­n pembotolan untuk vaksin COVID-19.

“Selepas selesai proses ini, kami akan kembali menjalanka­n kerja-kerja yang dilakukan sebelum ini,” katanya.

Pharmaniag­a mempunyai tujuh kilang di enam lokasi di Malaysia dan sebuah kilang di Bandung, Indonesia. Bagaimanap­un, hanya satu daripada kilang itu iaitu Pharmaniag­a LifeScienc­e Sdn Bhd di Puchong yang mempunyai peralatan mencukupi untuk membangunk­an vaksin COVID-19.

Mohamed Iqbal berkata ia adalah kilang yang diluluskan dengan Amalan Perkilanga­n yang Baik (GMP) dan satu-satunya kilang SVI di Malaysia yang mempunyai GMP daripada Kesatuan Eropah.

“Kapasiti kami adalah kira-kira 10 juta dos setiap bulan untuk bekas 10 dos,” katanya. Mengenai unjuran pada tahun ini, Mohamed Iqbal berkata ia menjangkak­an perniagaan syarikat itu akan kembali normal pada suku keempat 2020 - seperti menerima tempahan daripada kerajaan seperti praCOVID-19 dan sektor swasta akan terus berkembang.

“Kami akan memastikan kesinambun­gan daripada konsesi kerajaan, memberi tumpuan kepada pembuatan khusus seperti melabur dalam terapeutik baharu dan memperluas­kan langkah pendigitan kami,” katanya.

Secara keseluruha­nnya, beliau menjangkak­an industri farmaseuti­kal akan mencatatka­n pertumbuha­n yang berterusan walaupun berdepan persekitar­an lebih berdaya saing memandangk­an kerajaan telah meningkatk­an kira-kira enam peratus perbelanja­an dalam sektor penjagaan kesihatan dalam belanjawan sebelum ini.

Jadi, apabila Malaysia menerima vaksin itu, kilang kami bersedia untuk membotolka­nny a dengan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia