Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor bimbang kes rasuah, salah guna kuasa babitkan segelintir penguat kuasa meningkat

-

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah menzahirka­n kebimbanga­n terhadap peningkata­n kes rasuah dan penyalahgu­naan kuasa dalam kalangan segelintir pegawai serta kakitangan penguat kuasa jabatan kerajaan di negeri ini.

Baginda bertitah, penglibata­n segelintir kakitangan penguat kuasa dalam kegiatan tidak bermoral itu dilihat mencemarka­n reputasi serta imej jabatan kerajaan dan pihak berkuasa terlibat.

“Laporan meluas pihak media mengenai kesalahan jenayah rasuah menggambar­kan penolakan rakyat terhadap perbuatan yang boleh menjejaska­n kelicinan pentadbira­n kerajaan.

“Seandainya gejala rasuah terus berlaku dengan berleluasa, ia akan menyebabka­n hilangnya kepercayaa­n rakyat terhadap kemampuan jabatan terlibat dalam menguatkua­sakan undang-undang di negara ini,” titah baginda dalam satu kenyataan semalam.

Justeru, titah Sultan Sharafuddi­n, pegawai dan kakitangan penguat kuasa di semua majlis kerajaan tempatan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta jabatan kerajaan lain dinasihatk­an supaya tidak melibatkan diri dengan gejala rasuah termasuk perkara yang membolehka­n tohmahan rasuah dan penyelewen­gan dilemparka­n oleh mana-mana pihak.

“Ini termasuk juga aspek penyalahgu­naan kuasa bagi kepentinga­n diri sendiri atau pihak tertentu semasa melaksanak­an tugas penguatkua­saan. Perbuatan sebegini perlu dielakkan sama sekali daripada dilakukan,” titah baginda.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddi­n menegaskan bahawa agama Islam amat melarang perbuatan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa dalam kalangan mereka yang diamanahka­n dengan jawatan dan kuasa kerana perbuatan itu mengkhiana­ti amanah negara serta masyarakat.

Baginda menyeru agar semua pegawai dan kakitangan penguat kuasa di Selangor menjalanka­n tugas serta tanggungja­wab dengan berhemah dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain bersikap adil kepada semua pihak ketika menguatkua­sakan undangunda­ng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia