Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: Tujuh kes baharu libatkan lima penularan dalam negara, dua import

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilapor semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di negara ini sebanyak 9,274 kes sementara kes aktif dengan kebolehjan­gkitan COVID19 adalah 184 kes.

“Daripada lima kes penularan dalam negara, dua kes adalah warga Malaysia dan tiga kes bukan warganegar­a,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengenai dua kes membabitka­n warga tempatan itu, Dr Noor Hisham berkata kedua-duanya dikesan di Sarawak iaitu satu kes melalui saringan di tempat kerja manakala satu kes lagi adalah saringan sebelum bersalin.

Menurut beliau, keduadua kes berkenaan tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Tiga kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegar­a dikesan di Sarawak menerusi dua kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; dan satu kes sebelum balik ke negara asal,” jelasnya.

Bagi dua kes import, yang kedua-duanya di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata ia membabitka­n warga tempatan yang masing-masing mendapat jangkitan dari Filipina dan Amerika Syarikat.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata sebanyak enam kes telah pulih COVID19 menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada virus itu adalah 8,965 kes atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Beliau juga berkata tiada pertambaha­n kes kematian dilapor semalam dengan jumlah keseluruha­n maut akibat COVID-19 kekal sebanyak 125 kes.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan lima kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumka­n tiada kes baharu dilapor bagi Kluster Tawar semalam, namun saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan.

Setakat ini, seramai 3,436 orang telah disaring dalam kluster ini yang merangkumi tiga negeri iaitu 2,907 individu disaring di Kedah membabitka­n 54 kes positif, 2,393 individu negatif dan 460 individu masih menunggu keputusan, katanya.

“Di Pulau Pinang pula, seramai 518 individu disaring dengan 11 kes adalah positif, 506 individu negatif dan satu individu masih menunggu keputusan sementara di Perak kekal melibatkan 11 saringan dengan kesemuanya negatif,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia