Utusan Borneo (Sarawak)

Kovac terkejut Monaco bolos gol, terikat 2-2 dengan Reins

-

MONACO: Jurulatih kelab Monaco, Niko Kovac, berkata beliau terkejut selepas pasukannya bolos dua gol awal sebelum seri2-2 dengan

Reims pada Ahad, perlawanan pertama beliau membimbing kelab pada hujung minggu pertama musim baharu Ligue 1 Perancis.

Kovac, yang dipecat oleh Bayern Munich pada bulan November tahun lepas, dilantik sebagai jurulatih juara liga 2017 itu pada bulan Julai, menggantik­an Robert Moreno yang dipecat oleh

kelab. Pemain pertahanan tengah, Axel Disasi dan Benoit Badiashile menjaringk­an gol untuk memastikan satu mata berharga buat Monaco pada perlawanan di Stade Louis II selepas penjaga gol Monaco, Benjamin Lecomte, bolos dua gol pada 21 minit pertama perlawanan.

“Saya terkejut pada awal permainan: selepas dua cubaan, kami bolos dua gol. Tetapi reaksi pasukan adalah sangat bagus,” kata Kovac. “Kami boleh berasa gembira dengan satu mata ini. Ia permulaan yang baik. Kami melakukan kesilapan pada awal permainan tetapi kami menunjukka­n prestasi fizikal yang bagus dan ada banyak keazaman pada 70 minit terakhir,” tambah beliau.

Reims, yang pernah bermain di final pertama Piala Eropah, akan bermain di pusingan kedua kelayakan Liga Europa bulan hadapan ketika mereka layak ke pertanding­an kelab di Eropah buat kali pertama sejak 1983.

Boulaye Diya membuka jaringan buat pasukan pelawat seawal minit kelima dan pada minit ke-21, El Bilal Toure menambah jaringan.

Disasi, yang menyertai Monaco dari Reims pada awal bulan Ogos, merapatkan kedudukan pada minit akhir sebelum rehat sebelum Badiashile mengikat kedudukan 10 minit selepas rehat.

Kovac memasukkan dua pemain muda Perancis, Willem Geubbels dan Sofiane Diop tetapi kedua-dua pemain gagal mencemaska­n penjaga gol Reims, Predrag Rajkovic.

Aurelien Tchouameni hampir menjaringk­an gol kemenangan buat Monaco pada minit kecederaan tetapi tandukanny­a sedikit tersasar dari pintu gol.

Amine Gouiri menjaringk­an gol pertama beliau dalam Ligue 1 untuk membantu Nice menang 2-1 ke atas pendatang baharu liga, Lens. Gouiri, yang membuat penampilan sulung bersama Nice, menjaringk­an gol penyamaan dalam separuh masa pertama selepas penalti Gael Kakuta meletakkan Lens di hadapan.

Gouiri, 20, menjaringk­an gol kemenangan pada minit ke-75 untuk skuad kendalian Patrick Vieira.

Nimes, yang kekal dalam Ligue 1 walaupun menamatkan musim di slot terakhir playoff penyingkir­an musim lepas, membelasah Brest 4-0 pada perlawanan lain sementara Lorient meraikan kepulangan ke Ligue 1 apabila bangkit dari ketinggala­n sebelum menewaskan Strasbourg 3-1.

 ??  ?? KOVAC
KOVAC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia