Utusan Borneo (Sarawak)

Tuchel pertahanka­n Neymar dan Kylian selepas tewas di final

-

LISBON: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Thomas Tuchel, mempertaha­nkan barisan seranganny­a yang bernilai 400 juta euro Neymar dan Kylian Mbappe selepas kedua-dua pemain itu gagal menembusi pertahanan Bayern Munich ketika tewas 0-1 di final Liga Juarajuara.

Pemilik PSG dari Qatar, membelanja­kan jumlah keseluruha­n

402 juta euro untuk menmemenan­gi dua penyerang itu pada 2017 dalam usaha untuk memenangi kejuaraan elit itu. Bagaimanap­un, PSG kelihatan bergelut menangani kelab gergasi bola sepak Jerman yang kini sudah muncul juara di Eropah sebanyak enam kali.

Neymar, pemain bola sepak termahal dunia, menamatkan perlawanan dengan kad merah dan tangisan.

“Kami mahu Neymar dan Kylian menjaringk­an gol tetapi kami tidak dapat sentiasa mengharapk­an mereka,” kata Tuchel.

“Saya bangga kerana Neymar masih bermain dengan baik, beliau menunjukka­n kekuatan mentalitin­ya.

“Bagi Kylian, ia adalah sukar, beliau mengalami kecederaan serius sebelum ini, terlepas banyak sesi latihan. Ia adalah satu keajaiban di mana beliau masih dapat beraksi bersama kami di final.”

Mbappe mempunyai peluang terbaik untuk menjaringk­an gol tetapi rembatanny­a tepat ke dakapan penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sebelum rehat.

Gol kemenangan dijaringka­n oleh Kingsley Coman, yang bermain di PSG dari kecil sehingga berusia 18 tahun sebelum berpindah ke Juventus.

“Saya yakin bahawa jika kami menjaringk­an gol lebih awal, kami akan menang 10,” tambah Tuchel.

“Saya mendapat gambaran bahawa gol pertama akan menentukan pemenang di final ini.”

Beliau menambah: “Kami harus mengekalka­n kualiti ini untuk terus berada di landasan memburu kegemilang­an di masa hadapan.”

Tetapi sama ada beliau akan kekal membimbing PSG untuk musim hadapan kini menjadi persoalan.

“Saya mempunyai kontrak, saya tidak tahu perkara lain.”

Presiden yang juga pemilik kelab, Nasser al-Khelaifi, menegaskan Liga Juara-Juara masih dalam jangkauan mreka.

“Saya berasa sangat bangga dengan pemain saya,” kata hartawan dari Qatar itu.

“Kami mengharung­i satu musim yang hebat, satu kejohanan hebat di sini. Tiada siapa menjangkak­an kami akan ke final.

“Kami begitu hampir memenangin­ya melakukan segala-galanya untuk menang tetapi ia lumrah bola sepak. Kami akan berusaha lagi musim hadapan kerana Liga Juara-Juara adalah sasaran kami.”

Pemain tengah PSG, Ander Herrera, mengakui kekalahan di final adalah sukar untuk diterima tetapi menegaskan kelabnya tidak harus meletakkan pencapaian mereka yang lain “ke dalam tong sampah”.

“Kami telah membina sesuatu yang penting. Kami harus terus kekalbersa­ma dan memulakan impian seterusnya musim hadapan,” kata Herrera.

 ??  ?? NEYMAR
SENGIT: Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain Bayern Munich Joshua Kimmich pada perlawanan final Liga Juara-Juara antara Paris Saint-Germain dan Bayern Munich
di stadium Luz di Lisbon kelmarin.
NEYMAR SENGIT: Kylian Mbappe (kiri) bersaing dengan pemain Bayern Munich Joshua Kimmich pada perlawanan final Liga Juara-Juara antara Paris Saint-Germain dan Bayern Munich di stadium Luz di Lisbon kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ??
— Gambar AFP
 ??  ?? THOMAS TUCHEL
THOMAS TUCHEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia