Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 83 ditangkap di Paris selepas Bayern rangkul juara

-

MOSCOW: Lebih 80 orang ditangkap di Paris setelah peminat bola sepak berkumpul di ibu negara Perancis pada Ahad malam ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA diadakan, kata Polis Wilayah Paris.

“3.00 pagi (01:00 GMT), penilaian awal adalah 83 orang yang ditangkap oleh polis,” kata polis wilayah dalam ciapan Twitter pada Isnin.

Dalam tweet sebelumnya, polis berkata sejumlah 43 orang telah ditangkap “berkaitan dengan keganasan.”

Menurut Sputnik, polis menggunaka­n gas pemedih mata terhadap peminat bola sepak yang berkumpul di Paris pada malam perlawanan akhir Liga JuaraJuara UEFA yang berakhir dengan FC Bayern Munich menewaskan Paris St. Germain 1-0.

Pada Ahad malam, beratus-ratus peminat bola sepak berkumpul di jalan Champs-Elysees ketika perjumpaan besar-besaran dilarang berikutan pandemik COVID-19. Garis panduan penjarakan sosial tidak mungkin dipatuhi kerana jumlah pengunjung yang ramai, menurut seorang koresponde­n Sputnik.

Selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA selesai, dengan pemain bola sepak Perancis, Kingsley Coman (yang dilatih di akademi Paris Saint-Germain) menjaringk­an gol tunggal kemenangan, peminat bola sepak mula membakar suar dan mercun. Polis kemudian menggunaka­n gas pemedih mata untuk menyuraika­n orang ramai. Beberapa perhentian bas rosak di jalan-jalan yang berdekatan dengan Champs-Elysees, terutama di Hoche Avenue, dan peminat bola sepak telah membakar tong sampah.

Pada awal pagi Isnin, Polis Paris berkata di Twitter semua yang berkumpul di Champs-Elysees telah bersurai dan lalu lintas telah dipulihkan. Penilaian awal dari polis menyatakan jumlah tangkapan adalah 22 orang.

Ia adalah kali keenam Bayern memenangi Liga Juara-Juara UEFA (Persatuan Persatuan Bola Sepak Eropah); kemenangan sebelumnya adalah pada tahun 2013. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia