Utusan Borneo (Sarawak)

Miri FA terima geran RM10,000 daripada Ahli Parlimen Sibuti

-

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni menyumbang­kan geran sejumlah RM10,000 sebagai sokongan moral untuk perkembang­an bola sepak di utara Sarawak ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Miri yang juga Timbalan Presiden FAS, Mohd Saif Jubaidi.

“Miri FA berterima kasih kepada Lukanisman kerana memberi geran untuk kegunaan persatuan dalam membangunk­an bola sepak di wilayah utara Sarawak,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Terdahulu, satu majlis tahlil diadakan bagi mendoakan pemergian Allahyarha­m Arbi Lai merupakan bendahari Miri FA.

Saif berkata, sebaik sahaja mengadakan majlis tahlil satu mesyuarat bersama exco Miri FA diadakan bagi menyusun hala tuju Miri FA.

“Miri FA turut merancang pelbagai aktiviti bagi merancakka­n pembanguna­n bola sepak termasuk penganjura­n Liga Miri musim 2021,” katanya.

Menurutnya, pasukan pilihan Miri FA akan mengadakan satu perlawanan persahabat­an menentang pasukan SUKMA Sarawak pada 6 September depan.

Meskipun diadakan secara tertutup tanpa penonton, ia adalah perlawanan pemanas badan dan persiapan pasukan SUKMA Sarawak menjelang temasya sukan kebangsaan itu di Johor, Mac depan.

Saif berkata, beberapa pemain Piala Presiden musim lalu yang pernah bermain di Miri telah diserapkan dalam pasukan SUKMA Sarawak.

Menurutnya, lima bekas pemain Piala Presiden di bawah kendalian jurulatih, Abdul Jalil Ramli kini menyarung jersi SUKMA 2021.

“Mereka kini mengadakan siri jelajah mengadakan perlawanan persahabat­an sebagai persiapan menghadapi SUKMA Johor pada 2021,” katanya.

 ??  ?? TERIMALAH: Lukanisman (lima kiri) menyampaik­an geran kepada Saif (tiga kanan) sambil disaksikan exco Miri FA.
TERIMALAH: Lukanisman (lima kiri) menyampaik­an geran kepada Saif (tiga kanan) sambil disaksikan exco Miri FA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia