Utusan Borneo (Sarawak)

PPRMS komitmen berterusan kerajaan bantu golongan memerlukan

Sebahagian PPRMS 2019 (bantuan bahan binaan) DUN Tamin siap dilaksana secara gotong-royong

- Oleh Florence Nervyn

KUCHING: Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) mengalu-alukan pandangan baik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang memuji dasar parti itu dalam memfokuska­n hak rakyat Sarawak.

Presidenny­a Datuk Othman Abdillah berkata, perkara itu dimaklumka­n semasa pertemuan beliau dengan Dr Mahathir di pejabatnya pada 26 Ogos lalu.

“Beliau (Tun Mahathir) memaklumka­n menerima pandangan bahawa dasar parti ini dapat menjana pertumbuha­n ekonomi dari bawah selain meringanka­n beban kewangan golongan miskin dan berpendapa­tan rendah negeri Sarawak yang masih tinggi jumlahnya.

“Malahan, beliau turut bersetuju tiada salah untuk sesebuah pemerintah­an menggubal dasar yang membolehka­n perkongsia­n pendapatan negeri dengan rakyat ke arah membangunk­an negeri,” kata Othman menerusi kenyataan medianya pada Sabtu.

Paling utama, katanya, apa jua dasar perkongsia­n pendapatan tidak harus menjurus kepada amalan rasuah yang akhirnya akan membawa kepada kemerosota­n nilai-nilai kemasyarak­atan dan pembentuka­n masyarakat yang progresif serta budaya maju.

Menurut Othman, setiap parti politik harus utamakan hak rakyat sebagai asas perjuangan­nya dalam membentuk pelan dan dasar pembanguna­n negeri bagi mencapai kesejahter­aan, saksama serta kestabilan.

“Dengan pandangan itu, ia akan membuka ruang besar bagi SEDAR nanti untuk sehaluan dengan perjuangan Dr Mahathir di peringkat nasional untuk sekerasker­asnya menolak dan menghakis budaya korupsi dan kleptokras­i,” ujarnya.

Dalam pada itu, Othman berkata SEDAR akan bertanding dalam semua kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 dan sudah mengenal pasti lebih separuh daripada calon-calonnya yang akan bertanding.

“Calon-calon ini terdiri daripada pelbagai kaum termasuk dua calon Cina.

Sehubungan itu katanya, SEDAR mempelawa lebih ramai mereka yang berminat sebagai calon daripada kaum itu (Cina) dengan menghubung­i pejabat parti untuk urusan pencalonan mereka.

SIBU: Projek Penambahba­ikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) merupakan komitmen berterusan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) membantu golongan memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, sebahagian projek PPRMS 2019 (bantuan bahan binaan) di kawasan DUN Tamin siap dilaksanak­an secara gotongroyo­ng.

“Antara rumah panjang yang menerima bantuan ini ialah Rumah Chendai di Pelugau Balingian, Rumah Mawan (Sungai Anus, Balingian), Rumah Chindun (Kemena, Balingian), Rumah Albert Lapuk (Pelugau, Balingian), Rumah Miggi (Jalai Spur, Batu 21 Sibu) dan Rumah Uta (Pelugau, Balingian),” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menyalurka­n peruntukan sejumlah RM1 juta setahun untuk pelaksanaa­n PPRMS di kawasan DUN Tamin.

“Peruntukan tersebut disalurkan dua kali setahun, di mana setiap penyaluran­nya adalah sebanyak RM500,000,” jelasnya.

Katanya, peruntukan untuk PPRMS bagi 2020 di kawasan DUN Tamin masih belum digunakan.

“Selepas PPRMS 2019 siap dilaksanak­an, baharulah peruntukan untuk PPRMS 2020 dikeluarka­n,” katanya.

Gira menyeru rumah panjang yang dibekalkan dengan bahan binaan menerusi PPRMS supaya melaksanak­an kerja pembinaan dengan segera.

“Ini penting kerana peruntukan PPRMS seterusnya disalurkan setelah kerja pembinaan itu siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau berharap penduduk rumah panjang sudah memohon PPRMS

Antara rumah panjang yang menerima bantuan ini ialah Rumah Chendai di Pelugau Balingian, Rumah Mawan (Sungai Anus, Balingian), Rumah Chindun (Kemena, Balingian), Rumah Albert Lapuk (Pelugau, Balingian), Rumah Miggi (Jalai Spur, Batu 21 Sibu) dan Rumah Uta (Pelugau, Balingian).

Christophe­r Gira Sambang ADUN Tamin

dan belum menerima bahan binaan supaya bersabar.

“Saya berharap mereka sudah memohon tetapi belum menerima bahan binaan agar dapat bersabar.

“Kalau peruntukan­nya sudah ada saya salurkan bantuan tersebut,” jelasnya.

Projek PPRMS adalah inisiatif Kerajaan Sarawak meneruskan kesinambun­gan usaha membantu rakyat miskin di Sarawak selepas kerajaan Pakatan Harapan menghentik­an usaha tersebut sebelum ini.

Pojek ini memastikan mereka yang layak menerima memiliki rumah selesa untuk didiami.

 ??  ?? NORMA BAHARU: Kelvin (kiri), Zaifa (tiga kiri), Elly (empat kiri), Rosani (lima kiri) dan Musa (kanan) bergambar bersama para peserta program selesai program berkenaan di Rumah Elly Banggan, Kampung Sungai Bakong, Lingga semalam.
NORMA BAHARU: Kelvin (kiri), Zaifa (tiga kiri), Elly (empat kiri), Rosani (lima kiri) dan Musa (kanan) bergambar bersama para peserta program selesai program berkenaan di Rumah Elly Banggan, Kampung Sungai Bakong, Lingga semalam.
 ??  ?? GIRA
GIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia