Kubu Taliban diserang, 30 pejuang mati
KABUL: Pasukan tentera udara Afghanistan melancarkan beberapa serangan ke atas kedudukan Taliban kelmarin yang mengorbankan lebih 30 pejuang, kata pihak berkuasa, ketika Presiden Ashraf Ghani sekali lagi menyeru gencatan senjata.
Pihak Taliban mengakui serangan itu yang telah membunuh hampir 24 orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak dalam insiden kematian beramai-ramai terbaharu di Afghanistan yang berlaku walaupun ketika rundingan damai sedang dilakukan di Qatar.
“Pada pagi ini, para pejuang Taliban telah menyerang kedudukan (tentera Afghan) di daerah Khan Abad di wilayah Kunduz," menurut Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan di dalam Twitter.
"Pihak tentera memintas serangan sejajar dengan prosedur pertahanan aktif,” tambah kenyataan tersebut, menjelaskan bahawa lebih 30 pejuang Taliban termasuk dua komander telah terbunuh.
Dalam satu kenyataan, pihak Taliban menafikan pejuangnya telah diserang sebaliknya mendakwa 23 orang awam telah terbunuh.
Pengarah hospital tempatan Mohammad Naeem Mangal memberitahu, tiga maut dan tiga orang awam yang tercedera telah dibawa ke fasiliti tersebut.
Serangan berlaku sejurus sebelum Ghani sekali lagi menyeru gencatan senjata kemanusiaan bagi melindungi rakyat, menghalang keganasan dan insiden pengganas serta bagi mencapai kedamaian yang bermaruah dan berkekalan.
Pengganas setakat ini telah mengabaikan permintaan sebegitu, walaupun mereka telah menyeru secara sehala dalam dua perjanjian singkat dan berasingan pada tahun ini dalam peringkat awal untuk rundingan damai, yang dibuka seminggu lepas di Doha. — AFP