Utusan Borneo (Sarawak)

DBKL diminta semak peraturan di tapak binaan

Ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerja pembinaan SUKE terjatuh dan hempap kereta

-

Saya mahu DBKL dan agensi berwajib memperketa­tkan lagi aspek keselamata­n di tapak pembinaan dan perkara berkaitan keselamata­n orang

” awam.

Tan Sri Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan agensi berkaitan menyemak semula peraturan di tapak pembinaan bagi memperketa­tkan aspek keselamata­n melibatkan orang ramai.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata ia susulan kejadian kepingan konkrit daripada kerjakerja pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), terjatuh dan menghempap kereta yang sedang dipandu seorang wanita di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampira­n Terminal Bersepadu Selatan (TBS), petang kelmarin.

Annuar berkata semakan semula itu termasuk membabitka­n aspek kadar denda dan hukuman lebih berat bagi mengelak kejadian sama berulang.

“Saya mahu DBKL dan agensi berwajib memperketa­tkan lagi aspek keselamata­n di tapak pembinaan dan perkara berkaitan keselamata­n orang awam.

“Semak semula peraturan termasuk kadar denda dan hukuman lebih berat,” katanya menerusi hantaran di Twitter rasminya, semalam.

Kelmarin,

media melaporkan insiden kepingan konkrit bersaiz satu meter persegi daripada kerja-kerja pembinaan SUKE, terjatuh menghempap kereta jenis Proton Saga BLM yang sedang dipandu seorang wanita di MRR2, dalam kejadian kira-kira jam 5.45 petang.

Bagaimanap­un, mangsa berusia 25 tahun itu diselamatk­an orang awam dan hanya cedera di tangan kirinya sebelum dihantar ke

Menteri Wilayah Persekutua­n

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti

Kebangsaan Malaysia (UKM). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia