Utusan Borneo (Sarawak)

WARGA ASING MATI TERKENA RENJATAN ELEKTRIK

-

SIBU: Seorang lelaki warga asing maut selepas terkena renjatan elektrik di sebuah limbungan kapal di Sungai Sadit dekat sini semalam.

Mangsa, Andi Irfan, 20, berasal dari Sulawesi, Indonesia.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata kejadian berlaku sekitar jam 10.58 pagi.

“Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumka­n menjumpai mayat berhampira­n tepi sungai Batang Rajang dekat Gimhwak Enterprise Sdn Bhd,

Jalan Sungai Maaw, Sungai Sadit di sini.

“Tempat kejadian adalah berhampira­n tepi sungai di kawasan tempat mengimpal dan membaiki kapal,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, semasa dijumpai mangsa dalam keadaan terbaring dan tidak bernyawa.

Katanya, pemeriksaa­n tubuh mangsa mendapati ada kesan melecur di bahagian pergelanga­n tangan kanan dan lebam di badan dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

“Temu bual dengan pekerja yang berada di tempat kejadian mendedahka­n si mati datang berjumpa dengan rakan senegara dan berjalan-jalan di kawasan terbabit sebelum terkena renjatan elektrik,” jelasnya.

Stanley memberitah­u, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk disimpan di bilik mayat.

Menurutnya, proses bedah siasat dijalankan dalam tempoh terdekat.

“Melalui pemeriksaa­n dijalankan oleh Dr Fatin Nadzrah Abdul Rahman mendapati tiada sebarang kesan-kesan perbuatan jenayah kecuali kesan renjatan elektrik.

“Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching dimaklumka­n untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, kita mengklafik­asikan kes tiada unsur jenayah. Ia merupakan kes mati mengejut,” katanya.

 ??  ?? PERIKSA: Paramedik ketika memeriksa mayat mangsa.
PERIKSA: Paramedik ketika memeriksa mayat mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia