Utusan Borneo (Sarawak)

Terowong tentera Jepun ada tarikan pelancong

Terowong di kaki Bukit Kanada sepanjang 12 meter, ukuran lubang masuk 40-45 sentimeter

-

MIRI: Penemuan sebuah terowong bawah tanah yang dipercayai penduduk tempatan pernah digunakan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua (WWII) dahulu mempunyai potensi dijadikan salah satu tarikan pelancong ke bandar raya ini.

Terowong bawah tanah terletak di kaki Bukit Kanada dan kira-kira 100 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri itu dianggarka­n sepanjang 12 meter dengan ukuran lubang untuk masuk kira-kira 40 hingga 45 sentimeter luas.

Pintu masuk dan keluar hanya muat untuk seorang pada satu-satu masa namun keluasan dalam terowong itu mampu memuatkan seramai 25 orang pada satu-satu masa.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata meskipun terowong itu sudah ditinggalk­an selama berdekad namun keadaan di dalamnya masih

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

terpelihar­a dengan baik.

Bagaimanap­un terowong itu ditutup sehingga siasatan dan kajian lanjut dilakukan oleh pakar bagi menentukan tahap keselamata­n dan aspek berkaitan dengannya.

“Saya mencadangk­an agar Pejabat Residen Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) menutup sementara kawasan itu sehingga pihak berkuasa berkaitan melakukan siasatan terperinci sebelum kita menjadikan­nya salah satu tarikan pelancong yang selamat dikunjungi.

“Hakikatnya kita sangat gembira dan teruja kerana satu lagi produk pelanconga­n ditemui di sini.

“Bagaimanap­un, langkah pertama perlu kita lakukan ialah memastikan kawasan itu selamat sebelum memikirkan langkah seterusnya termasuk memasang papan tanda,” katanya kepada pemberita selepas melawat terowong itu di sini semalam.

Ting diiringi Pemangku

Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohamad Yusuf, Pegawai Penyelia Muzium Petroleum Miri Ahmad Muharram dan ahli-ahli Miri Oil Town Hash House Harriers (MOTHHH), Miri Hash House Harriers (MHHH) dan Bulatan Park Runners Club (BPRC) membantu memandu arah beliau dan wartawan meninjau terowong tersebut.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ahmad berkata penemuan terowong itu sudah dimaklumka­n kepada Muzium Negeri Sarawak di Kuching dan satu pasukan khas tiba di Miri menjalanka­n kajian terperinci mengenainy­a.

“Sehingga pasukan pakar dari ibu pejabat (Muzium Negeri) tiba bagi membuat kajian terperinci dan siasatan kita cadangkan kawasan itu ditutup sementara untuk orang ramai atas faktor keselamata­n.

“Ini kerana pemerhatia­n awal saya mendapati dinding terowong itu boleh runtuh dalam jangka panjang kerana merupakan terowong dibina oleh manusia dan sudah berada di situ beberapa dekad justeru memerlukan penyelengg­araan, jika kita mahu ia dibuka dan selamat untuk dikunjungi,” jelas beliau.

SelainTing, Datuk Bandar MBM Adam Yii pada Sabtu lalu turut melawat terowong tersebut dan mengakui ia perlu dijaga dan dipulihara sebagai sebahagian daripada sejarah bandar raya ini.

Saya mencadangk­an agar Pejabat Residen Miri dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) menutup sementara kawasan itu sehingga pihak berkuasa berkaitan melakukan siasatan terperinci sebelum kita menjadikan­nya salah satu tarikan

” pelancong yang selamat dikunjungi.

Datuk Sebastian Ting

 ??  ?? SALUR MAKLUMAT: Paulus (tiga kiri), Sufian, Syamil (kanan) dan ketua kaum lain merasmikan Sesi Randau Ahli Majlis MDL Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) Daerah Limbang di Dewan Suarah Limbang semalam.
SALUR MAKLUMAT: Paulus (tiga kiri), Sufian, Syamil (kanan) dan ketua kaum lain merasmikan Sesi Randau Ahli Majlis MDL Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kampung (KMKK) Daerah Limbang di Dewan Suarah Limbang semalam.
 ??  ?? TINGGALAN SEJARAH: Ting (berdiri, tengah) dan Abdul Aziz (berdiri, kanan) ketika berada dalam terowong bawah tanah bersama pelari-pelari yang membantu menunjukka­n arah.
TINGGALAN SEJARAH: Ting (berdiri, tengah) dan Abdul Aziz (berdiri, kanan) ketika berada dalam terowong bawah tanah bersama pelari-pelari yang membantu menunjukka­n arah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia