Utusan Borneo (Sarawak)

548 butiran disenarai sebagai warisan tidak ketara negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi Jabatan Warisan Negara (JWN), telah mewartakan sejumlah 548 butiran sebagai ‘Warisan Tidak Ketara’ di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kesemua butiran itu meliputi empat kategori iaitu bahasa dan persuratan; adat dan budaya; seni persembaha­n; dan seni halus.

“MOTAC sentiasa berusaha mengangkat seni dan budaya negara agar dikenali di peringkat global, serta mendapat pengiktira­fan masyarakat antarabang­sa.

“Antara pengitikra­fan yang berjaya diterima, termasuk warisan Mak Yong (2005),

Dondang Sayang (2018) dan Silat (2019) di bawah The Representa­tive List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity Unesco,” katanya pada sesi soal jawab persidanga­n Dewan Negara semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Datuk Lee Tian Sing, yang memohon penjelasan tentang senarai seni dan budaya tempatan yang dikategori­kan sebagai ‘Warisan Tidak Ketara’ dan langkah kerajaan mempromosi­kannya sebagai tarikan pelanconga­n.

Jelasnya, Malaysia kini dalam proses penilaian untuk menyenarai­kan dua lagi warisan tidak ketara iaitu, ‘pantun’ dan ‘upacara wangkang’ di bawah ‘The

Representa­tive List of the Intangible Cultural Heritage of Humanity’ di bawah Unesco.

Sementara itu, beliau berkata MOTAC turut mengadakan beberapa program, termasuk Festival Seni Hidup dan Panggung Seni Tradisiona­l, sebagai antara usaha mendedahka­n seni budaya negara kepada masyarakat tempatan, selain kepada pelancong.

Bagi promosi di peringkat antarabang­sa katanya, usaha dilakukan melalui penyertaan ke pameran antarabang­sa seperti ‘World Travel Mart (WTM)’ di London, dan ‘Internatio­nal Tourism Bourse (ITB)’ Berlin, untuk mempertont­onkan kepelbagai­an dan keunikan kebudayaan rakyat Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia