Utusan Borneo (Sarawak)

Kuching FA bedil Kelantan 2-0

Dua gol masing-masing dijaringka­n dua pemain import dari Jepun, Yuta Suzuki dan Yuki Tarigawa

- Oleh Rusnan Mustafa

Untuk tiga perlawanan akan datang sudah semestinya kita hauskan kemenangan dengan mengutip sembilan

” mata.

Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah

KUCHING: Pasukan Kuching FA melakarkan kemenangan kedua dalam saingan Liga Perdana Malaysia selepas menewaskan Kelantan 2-0 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam kelmarin.

Pada babak pertama perlawanan, anak-anak buah Akira Higashiyam­a gagal menjaringk­an gol meskipun mempunyai beberapa peluang terbaik.

Tamat separuh masa pertama perlawanan, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan meskipun sering berbalas serangan.

Masuk babak kedua perlawanan, Kuching FA berjaya membolosi gawang anakanak buah Yusri Che Lah menerusi jaringan pemain import, Yuta Suzuki pada minit ke-67.

Tidak lama selepas itu,

Penolong Jurulatih Kuching FA

pemain pertahanan Kuching FA, Yuki Tarigawa menambah derita Kelantan apabila menjaringk­an satu lagi gol pada minit ke-71.

Dengan jaringan itu, ia memberi keselesaan untuk pasukan tuan rumah mengutip mata penuh pada saingan liga tersebut.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat masa perlawanan sekali gus membolehka­n pasukan Kuching FA mengutip tiga mata penuh.

Sebelum ini, Kuching FA berjaya merekodkan kemenangan pertama selepas menewaskan Sarawak United FC dengan 2-1 pada 11 September lalu di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini.

Sementara itu, Penolong Jurulatih Kuching FA Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah berkata posisi pertahanan pasukan itu telah melakukan terbaik dalam memastikan gawang tidak dibolosi.

“Untuk tiga perlawanan akan datang sudah semestinya kita hauskan kemenangan dengan mengutip sembilan mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas aksi perlawanan.

Tambah beliau, kelemahan perlu diperbaiki oleh pasukan adalah kesilapan-kesilapan kecil yang boleh membawa situasi bahaya kepada pasukan.

Kuching FA dijadualka­n bertemu Negeri Sembilan Sabtu ini di gelanggang lawan dan dua perlawanan seterusnya bertemu JDT II (laman sendiri) dan Kuala Lumpur (gelanggang lawan).

 ?? — Gambar Kuching FA ?? RAI JARINGAN: Yuta (tengah) dan Yuki (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan menewaskan Kelantan 2-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.
— Gambar Kuching FA RAI JARINGAN: Yuta (tengah) dan Yuki (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan menewaskan Kelantan 2-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri, Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia