Utusan Borneo (Sarawak)

GPS TEGUH DI BELAKANG MUHYIDDIN: ABANG JOHARI

-

SERIAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan terus kekal menyokong kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ia sama seperti yang ditegaskan GPS sebelum ini yang tetap menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“GPS tetap berada di belakang (menyokong) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan sedia ada kini.

“Perkara ini telahpun saya nyatakan juga semasa ucapan Hari Malaysia di Sibu sebelum ini bahawa kami (GPS) di belakang beliau (Muhyiddin,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan semalam bahawa Presiden PKR Datuk

Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutua­n yang baharu.

Ditanya mengenai jika terdapat Ahli Parlimen GPS adalah antara menyokong Anwar dalam perkara itu, Abang Johari berkata tiada seorang pun Ahli Parlimen GPS yang berbuat demikian.

“Tiada dari mereka… saya tidak tahu dari mana beliau (Anwar) mendapat kiraan (sokongan) berkenaan,” tegasnya.

Malah, beliau menyifatka­n tindakan Anwar itu sebagai pelik.

Abang Johari berkata, beliau tidak tahu apa tujuan Anwar berbuat demikian iaitu pada masa Sabah turut mengadakan Pilihan Raya Negeri.

Pada masa sama, beliau turut menafikan situasi politik itu disebabkan ketidakpua­san hati sesetengah pihak dengan bayaran Cukai Jualan Negeri (SST) kerajaan persekutua­n menerusi Petronas kepada Sarawak.

“Isu SST kita adalah perkara yang berbeza dengan rundingan yang sedang kita buat.

“Ia adalah tuntutan cukai hasil dari negeri kita dan tiada kaitan dengan rundingan,” katanya.

Anwar pada sidang media semalam berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhk­an berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulil­lah, kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk saya persembahk­an kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna pada saat ini kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? KEKAL SOKONG PN: Abang Johari pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpun Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian, semalam. Turut kelihatan dua Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing (kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) serta yang lain.
— Gambar Roystein Emmor KEKAL SOKONG PN: Abang Johari pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pemimpun Bersama Rakyat di Dewan Serbaguna SJK Chung Hua Serian, semalam. Turut kelihatan dua Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing (kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia