Utusan Borneo (Sarawak)

Kes curi motosikal, dua suspek ditangkap

-

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia antara yang ditangkap bersama seorang lelaki warga tempatan di sebuah rumah di Kampung Pujut Adong di sini, malam kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes curi motosikal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superinten­den Mohd Sabri Zainol berkata, keduadua suspek masing-masing berusia 39 dan 27 tahun diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Dalam tangkapan tersebut, polis turut merampas sebuah motosikal yang menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu disyaki motosikal curi.

“Suspek lelaki tempatan direman hari ini (semalam) manakala suspek warga Indonesia ditahan selama 14 hari kerana pasportnya telah tamat tempoh untuk berada di negara ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Terdahulu, tangkapan terbabit dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat seorang juruteknik lelaki, 36, kelmarin mengenai kehilangan motosikal miliknya.

Mohd Sabri berkata, mangsa menyedari motosikaln­ya hilang sekitar jam 3.30 pagi Isnin di hadapan sebuah kedai di Krokop.

“Pengadu yang menyewa bilik di atas kedai tersebut telah meletakkan motosikaln­ya di bawah bangunan kedai dalam keadaan hanya dikunci di bahagian kepala dan pengadu tidak menggunaka­n kunci pendua lain.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kedai mendapati seorang lelaki tidak dikenali menggunaka­n helmet telah membuka bahagian ‘starter’ motosikal menggunaka­n alat yang telah diubah suai sehingga boleh menghidupk­an enjin motosikal tersebut,” ujarnya.

Mohd Sabri berkata, susulan kejadian terbabit mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1,000.

 ??  ?? DIBERKAS: Salah seorang suspek yang berjaya ditangkap polis bersama sebuah motosikal yang disyaki dicuri.
DIBERKAS: Salah seorang suspek yang berjaya ditangkap polis bersama sebuah motosikal yang disyaki dicuri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia