Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki mengaku tidak bersalah peras ugut bekas kekasih kerana enggan berpisah

-

KUCHING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dan memeras ugut bekas teman wanitanya, berikutan mangsa mahu berpisah dengannya.

Lai Muk Nam, 40, membuat pengakuan tersebut sejurus dua pertuduhan berasingan iaitu di bawah Seksyen 385 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan peras ugut terhadap mangsa, Soo Hui Fung, 38, manakala pertuduhan kedua pula menyaksika­n tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa yang sama.

Kedua-dua perbuatan tersebut didakwa dilakukann­ya semasa berada di rumah mangsa yang terletak di Taman Indah Landeh, sini, pada 13 September lalu, jam 1.30 pagi.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh datang ke rumah mangsa dan menjerit supaya mangsa membayar hutang sebanyak RM20,000 lebih sekiranya mangsa mahu berpisah dengannya.

Tertuduh juga mengugut mahu membakar rumah mangsa sekiranya dia gagal membayar hutang tersebut.

Dalam kejadian yang sama juga, tertuduh turut mengatakan hendak melanggar kereta mangsa sekiranya ternampak mangsa di manamana, selain mengugut akan menganggun­ya di tempat kerjanya.

Justeru, mangsa membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 19 September lalu.

Sehubungan itu, Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Mahkamah juga membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,500 berserta seorang penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia