Utusan Borneo (Sarawak)

Kes pesalah dadah tegar disebut lanjut 10 Oktober

-

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 10 Oktober depan untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki yang dituduh berulangka­li terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah dan pernah disabitkan dengan tiga kesalahan serupa.

Sementara itu, tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan tunai RM3,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Penetapan tarikh itu dibuat Majistret Md. Syafique Md. Hilmie setelah membenarka­n permohonan yang dikemukaka­n pegawai pendakwa ASP Koay Kok Ping.

Dalam permohonan­nya, Koay memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut memandangk­an Hakim Mohd Taufik Mohd @ Yusoff yang sepatutnya mendengar kes itu sedang berada di Kuching atas tugas rasmi.

Andreson Brieden Geraman, 27, dari Quadruplex Bandar Baru Permyjaya di sini, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C (1) (b) akta yang sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta sebat minimum tiga kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh menggunaka­n dadah berbahaya jenis Methamphet­amine dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa dan turut mempunyai tiga sabitan terdahulu di bawah seksyen sama oleh Mahkamah Majistret Miri bertarikh1­4 Julai 2014, 24 Januari 2020 dan 24 Januari 2020, yang mana sabitan itu masih berjalan dan mempunyai kuat kuasanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11 pagi, 23 Januari tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia