Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki dituduh mencuri kontena direman lanjut

-

SIBU: Tiga lelaki termasuk seorang pemilik syarikat logistik ditahan kerana disyaki mencuri sebuah kontena dari syarikat kejurutera­an di Jalan Salim dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu Superinten­den Collin Babat berkata, pengadu berusia 51 tahun yang merupakan kontraktor perpaipan telah menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati dua lelaki sedang mencuri sebuah kontena menggunaka­n lori kren pada jam 11.30 pagi kelmarin.

“Tiga jam kemudian, ketika beliau kembali ke premis syarikat, beliau ternampak lori sama yang dalam rakaman CCTV sebelum itu berada di situ serta dua lelaki cuba mengangkat kontena menggunaka­n lori kren,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, pengadu kemudian bertindak menahan pemandu lori berusia 44 tahun dan kelindan lori berusia 21 tahun terbabit dan menghubung­i pihak polis.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek mendakwa bahawa mereka bertindak atas arahan majikan mereka untuk mengangkat kontena itu sahaja,” katanya.

Collin berkata, lelaki ketiga yang merupakan pemilik sebuah syarikat logistik, 45, mendakwa bahawa dia telah menerima panggilan dari seseorang untuk mengangkat kontena berkenaan untuk dibawa ke satu lokasi.

“Sejurus itu, pasukan penyiasat telah berusaha mengesan kontena yang hilang itu di kawasan Sungai Antu, namun ia gagal ditemui,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarka­n berjumlah RM150,000.

“Ketiga-tiga suspek telah direman selama tiga hari sehingga 26 September ini untuk membantu siasatan lanjut,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia