Utusan Borneo (Sarawak)

Siburan dijangka diangkat menjadi daerah penuh

Kajian menyeluruh mengenai perancanga­n berkenaan kini sedang dijalankan, kata Abang Johari

- Oleh Jessica Jawing

SERIAN: Daerah kecil Siburan di bahagian ini dijangka diangkat menjadi daerah penuh.

Mengumumka­n perkara itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kajian menyeluruh mengenai perancanga­n berkenaan kini sedang dijalankan.

“Kita kini sedang membuat kajianuntu­kSiburandi­jadikan daerah penuh.

“Kita perlu melihat ia secara menyeluruh dahulu termasuk daripada aspek populasi serta kawasan sempadanny­a,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serba Guna SJK Chung Hua Serian di sini, semalam.

Abang Johari berkata, dengan demikian ia akan mengukuhka­n lagi pembanguna­n di bahagian Serian hingga ke Siburan.

“Apa yang penting adalah masa depan di bahagian ini lebih cerah kerana ia mempunyai kawasan pertanian yang boleh kita majukan selain industri seperti pelanconga­n.

“Kita dengan ini menggesa masyarakat kita di sini termasuk Bidayuh terus kekal bersatu padu dan memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada dalam usaha kita membangunk­an negeri,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Abang Johari menyatakan beliau berpuas hati dengan semua pelaksanaa­n projek rakyat di Serian.

Katanya kesemua projek yang diumumkan bernilai RM400 juta di kawasan itu kini sedang dalam pelaksanaa­n dan amat memuaskan.

Katanya kesemua projek itu adalah permohonan kemudahan daripada penduduk di Serian yang disampaika­n menerusi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP).

Sementara itu Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong dalam ucapannya berkata, kesemua projek rakyat di Serian kini dilaksanak­an mengikut jadual.

“Antaranya kompleks kerajaan negeri di Serian dijangka siap menjelang Mei tahun depan yang menelan kos RM130 juta.

“Selainitup­usatkonven­syen juga telah mula dilaksanak­an kira-kira lima peratus kerja

pembinaann­ya dengan kos RM80 juta,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu itu berkata, selain itu kerja menaik taraf Danu Serian dan Pejabat Daerah Serian kini sedang giat dilaksanak­an.

“Apa yang sangat membanggak­an kita di Serian adalah capaian bekalan elektrik yang kini sudah mencapai 99.9 peratus.

“Bekalan air kita pula sudah mencapai 90 peratus di Serian. Banyak lagi projek diluluskan kini dalam pelaksanaa­n yang akan siap tidak lama lagi,” katanya.

Kita kini sedang membuat kajian untuk Siburan dijadikan daerah penuh. ”

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg

Ketua Menteri

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? PELANTIKAN: Abang Johari menyerahka­n sijil ketua kaum baharu bahagian Serian kepada penerima sambil disaksikan Manyin (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion (dua kanan).
— Gambar Roystein Emmor PELANTIKAN: Abang Johari menyerahka­n sijil ketua kaum baharu bahagian Serian kepada penerima sambil disaksikan Manyin (kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia