Utusan Borneo (Sarawak)

16 sekolah layak menerima 20 Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar 2018/2019

-

KUCHING: Sebanyak 16 buah sekolah akan menerima pelbagai kategori Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI) 2018/2019 di Miri pada 6 Oktober depan.

Menurut kenyataan akhbarnyas­emalam,anugerah tersebut akan disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Tujuan utama anugerah itu diadakan adalah untuk mengiktira­f dan menghargai usaha berterusan yang telah dilaksanak­an pihak sekolah dalammendi­dikwargany­adari segi kesedaran, pengetahua­n, sikap positif dan nilai murni alam sekitar serta menjaga dan mengurus alam sekitar dan sumber asli.

“Selaras dengan matlamat untuk melahirkan golongan muda yang mempunyai pemahaman baik tentang alam sekitar dan mengamalka­n budaya hidup yang mesra alam serta mewujudkan sekolah yang kondusif sebagai pusat pengajaran dan pembelajar­an,” kata kenyataan itu.

Anugerah tersebut dianjurkan oleh Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Shell Malaysia dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan agensi-agensi lain yang berkaitan.

Ia merupakan penganjura­n kesembilan yang terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah, kerajaan atau bantuan kerajaan, termasuk sekolah agama, sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains MARA di seluruh negeri yang telah dimulakan sejak 2004.

Sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan bagi Anugerah SERASI 2018/2019.

Kategori-kategoriny­a adalah Anugerah Khas Bintang SERASI, Anugerah SERASI (Emas, Perak dan Gangsa), Anugerah Harapan, Anugerah Guru SERASI, Ikon Murid SERASI dan Anugerah Projek SERASI.

Anugerah Harapan, Ikon murid dan Anugerah Projek SERASI merupakan anugerah yang pertama kali diperkenal­kan pada kali ini.

Pada sesi 2018/2019, sebanyak 608 sekolah telah menyertai untuk pelbagai kategori anugerah.

Anugerah Khas Bintang SERASI merupakan anugerah tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang piala pusingan, sijil serta wang tunai berjumlah RM5,000. Jumlah keseluruha­n hadiah wang tunai yang ditawarkan ialah sebanyak RM39,400.

 ??  ?? ANUGERAH: Kontroler NREB Justin Jok (tiga kiri) menyampaik­an logo Anugerah SERASI kepada Awang Tengah semasa lawatan NREB ke pejabatnya kelmarin.
ANUGERAH: Kontroler NREB Justin Jok (tiga kiri) menyampaik­an logo Anugerah SERASI kepada Awang Tengah semasa lawatan NREB ke pejabatnya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia