Utusan Borneo (Sarawak)

SABATI hulur kit pencegahan COVID-19, wang tunai kepada 18 PPDK

-

KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menghulurk­an kit pencegahan COVID-19 dan sumbangan wang tunai kepada 18 Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) semalam.

Sumbangan yang diserahkan oleh Presiden SABATI Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang di Wisma Sultan Tengah di sini, bertujuan membantu PDK dalam mencegah penularan COVID-19.

Antara barangan yang dihulurkan adalah peralatan perlindung­an diri (PPE), walkie talkie, kasut kerja, katil, tilam, bantal, meja, kabinet dan beberapa keperluan asas yang lain.

Sebanyak 30,000 pelitup separuh muka, 7,000 sarung tangan, 800 pensanitas­i tangan dan 70 set pengimbas haba turut diagihkan.

Dalam pada itu, SABATI juga tidak ketinggala­n dalam memberi bantuan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga rumah anak yatim dan rumah orang tua seperti Rumah Cheshire

Sarawak, Persatuan Autistik Kuching, Persatuan Orang Buta Sarawak dan Persatuan Orang Pekak Sarawak.

SABATI turut memberikan sumbangan berupa keperluan asas kepada 190 orang penghuni yang memerlukan di Hospital Sentosa.

PPDK yang hadir menerima sumbangan adalah PPDK Sentuhan Kasih Kuching, PPDK Suria, PPDK Mutiara Hati (GITA), PPDK Petra Jaya, PPDK 1 Divisyen Kem Penrissen, PPDK Batu Kawah, PPDK

Bau, PPDK Sinar Harapan Kampung Duyoh, PPDK Cahaya Kasih Serasot, PPDK Siniawan, PPDK Singai, PPDK Samarahan, PPDK Harmoni Asajaya, PPDK Sadong Jaya, PPDK Sri Melayu, PPDK Gedong, PPDK Meradong dan PPDK Daro.

Setakat ini, sebanyak 55 PPDK seluruh Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menerima bantuan seperti pelitup separuh muka, sarung tangan, cecair pencuci dan alat pengesan suhu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Juma’ani merakam kenangan bersama wakil PPDK yang menerima sumbangan kit pencegahan COVID-19.
UNTUK ALBUM: Juma’ani merakam kenangan bersama wakil PPDK yang menerima sumbangan kit pencegahan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia