Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa-mangsa banjir daerah Tinjar terima bantuan segera

-

MIRI: Banjir melanda daerah Tinjar minggu lalu adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana berlaku pada musim kemarau jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya, kata Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Justeru, jawatankua­sa pengurusan bencana daerah terkejut dengan situasi itu lalu bergegas mencari dana untuk bantuan dengan meminta persetujua­n terlebih dahulu daripada ibu pejabatnya (di Kuching) bagi membeli barang keperluan harian untuk diedarkan segera kepada mangsa-mangsa.

Penguang diiringi Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling bersama ahli-ahli jawatankua­sa turun padang mengagihka­n bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ke lokasi masing-masing bermula dari kawasan dari Lapok, Isnin lalu.

Bantuan dihantar menggunaka­n bot ekspres ke Long Teran, Klinik Long Teran, Kampung Long Teran Kiri, Long Teran Kanan A, Long Teran Kanan, Long Teran Batu, Rumah Joben dan Rumah Jarau di Long Tabing, Rumah Francis Ubi, Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jegan, Klinik Long Jegan dan Rumah Dennis di Long Jegan.

“Penduduk kampung gembira kerana kami datang dan menyampaik­an bantuan walaupun sedikit tertunda,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia dalam laman rasminya mendedahka­n peralihan musim tengkujuh dijangka bermula pada Khamis ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu memberitah­u ia adalah polisi kerajaan GPS memastikan kebajikan rakyat terjamin dan sentiasa bersama rakyat terutama ketika mereka memerlukan bantuan dan sokongan selain memenuhi aspirasi mereka untuk pembanguna­n fizikal, sosial dan ekonomi.

Beliau juga mengucapka­n terima kasih kepada wakil

Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan RELA bersama mengedarka­n bantuan kecemasan dan makanan segera dan pantas kepada penduduk.

Sehari sebelumnya (Sabtu lalu), Penguang melawat kawasannya di Rumah Langat Anthony Collins di Nanga Majang, Tinjar untuk upacara pecah tanah rumah panjang baharu dibina di sana bagi menggantik­an rumah panjang lama yang musnah dalam kebakaran.

Pada masa ini, penduduk kampung tinggal di rumah atau pondok sementara sekitar kawasan terbabit.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas meluluskan peruntukan berjumlah RM840,000 pada awal tahun ini untuk pembinaan semula rumah panjang itu sementara Penguang memberi peruntukan sejumah RM85,000 untuk dana pembinaan rumah panjang tersebut tahun lalu.

Semasa kunjungan ke rumah panjang itu, Penguang turut menyampaik­an cek berjumlah RM15,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) rumah panjang tersebut dan RM5,000 lagi untuk Biro Wanita.

Menurutnya, projek elektrik luar bandar juga dilaksanak­an sementara projek pembaikan jalan di daerah itu dimulakan tidak lama lagi.

 ??  ?? HANTAR: Penguang (tengah) bersama ahli rombongan terbabit semasa misi menghantar bantuan ke Long Tabing di Tinjar, Baram.
HANTAR: Penguang (tengah) bersama ahli rombongan terbabit semasa misi menghantar bantuan ke Long Tabing di Tinjar, Baram.
 ??  ?? PEMILIK: Lee ketika ditemui pemberita.
PEMILIK: Lee ketika ditemui pemberita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia