Utusan Borneo (Sarawak)

19 pelajar terima insentif daripada ADUN Lingga

-

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri menyampaik­an sumbangan insentif ‘one-off’ berjumlah RM17,500 kepada 19 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga yang telah mendapat tawaran untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti dalam satu majlis ringkas di Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga dekat sini, semalam.

Menurutnya, sumbangan ini adalah rutin tahunan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga yang bertujuan membantu meringanka­n bebanan ibu bapa di samping meningkatk­an lagi motivasi pelajar.

Katanya lagi, mereka yang menerima bantuan itu terdiri daripada Nurul Ezzah Sulaiman daripada Fakulti Perladanga­n dan Agroteknol­ogi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Muhamad Khaider Ellie daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Salandry Anis daripada Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Az Ainol Aznan daripada Fakulti Sains Kognitif dan Pembanguna­n Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Siti Aishah Ahmad Zaidi daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Maizatul Izzati Farhana Mohsen daripada Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS serta Siti Farhiyatul Wasli daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS.

Manakala yang lain pula jelasnya adalah terdiri daripada Dang Ayunni Norsyahida Roselan daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Muhammad Nur Airil Alimin Jaafar daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Chris Dickson Thomas daripada Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan, Siti Zaiquratul’aini Zaifferi daripada Fakulti Seni Bina Perancanga­n dan Ukur,

UiTM, Tajudin Bolkeri daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Siti Nuraisha Lokman daripada Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n UNIMAS, Siti Farah Diyana Jamaliee daripada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIMAS, Muhammad Hafiz Zawawie daripada Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Yasmin Erdina Afza Safuani Diploma Sains Fizikal UiTM, Nur Fitri Akira Johari Diploma Pengurusan Halal Akademi Pengajian Islam Kotemporar­i UiTM dan Nur Atikah Sharifah Faizal Ashikin Diploma Seni Lukis dan Seni Reka/Grafik dan Media Digital.

Jelas Simoi lagi, dengan adanya insentif pendidikan itu ia sedikit sebanyak dapat dijadikan wang pendahalua­n untuk pendaftara­n dan sebagainya untuk tujuan membantu meringanka­n beban mereka.

Turut hadir pada majlis berkenaan, ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Simoi (tengah) bersama PARA penerima insentif pendidikan semasa berlangsun­gnya majlis penyampaia­n insentif berkenaan semalam.
TAHNIAH: Simoi (tengah) bersama PARA penerima insentif pendidikan semasa berlangsun­gnya majlis penyampaia­n insentif berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia