Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa pastikan telaga minyak tidak membahayak­an

Pasukan petugas terdiri daripada pakar industri minyak dan gas dipengerus­ikan Pejabat Residen Miri

- Oleh Clare Cinderella

Ia merangkumi pasukan daripada syarikat Petronas, Shell dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan Pejabat Residen Miri bertindak sebagai

” ketua pasukan.

MIRI: Satu jawatankua­sa khas dibentuk bagi memastikan semua 624 telaga minyak yang ditinggalk­an di seluruh Miri tidak menimbulka­n bahaya yang boleh mengancam keselamata­n orang ramai dan alam sekitar.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata pasukan petugas itu terdiri daripada pakar industri minyak dan gas dipengerus­ikan Pejabat Residen Miri.

“Ia merangkumi pasukan daripada syarikat Petronas, Shell dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dengan Pejabat Residen Miri bertindak sebagai ketua pasukan.

“Kita juga menjemput pihak berkaitan yang pakar dalam bidang kejurutera­an petroleum dan geofizik daripada Curtin University Malaysia di sini untuk meneliti semua telaga minyak ditinggalk­an di Miri khususnya terletak di Bukit Kanada (di mana penggalian minyak mentah pertama kali dilakukan),” katanya.

Lee memberitah­u demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat khas – Penemuan Gas Asli dan Tempat Bersejarah di Miri di bilik mesyuarat Pejabat Residen Miri di sini, petang kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu berkata pakar-pakar bidang tugas berkaitan mendapatka­n data mengenai lokasi sebenar lebih 600 telaga minyak yang ditinggalk­an itu dan seterusnya melakukan pemeriksaa­n terperinci ke atas telaga-telaga itu.

Katanya, pasukan petugas berkenaan menyerahka­n semua laporan lengkap mengenai telaga minyak ditinggalk­anituserta­cadangan bagi tindakan perlu diambil kepada kerajaan negeri.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan susulan laporanlap­oran berita mengenai penemuan gas asli cecair di Bukit Kanada membuak keluar, akibat kebocoran dari salah satu telaga minyak ditinggalk­an di kawasan Bukit Kanada.

Bukit Kanada terkenal dengan telaga minyak pertama di negara ini dikenali Grand Old Lady (juga dikenali Telaga Minyak No.1 negara), turut menempatka­n Muzium Petroleum Miri selain penempatan seperti Kampung Haji Wahed serta Kampung Lereng Bukit di kaki bukit.

Katanya, kerajaan negeri sudah dimaklumka­n dan turut memberi perhatian terhadap laporan-laporan disiarkan kebelakang­an ini mengenai telaga minyak ditinggalk­an dan mengalami kebocoran dengan gas asli membuak keluar di Bukit Kanada menarik perhatian ramai.

Sejak insiden itu disiarkan beberapa akhbar tempatan dan tular di media sosial, Lee mengakui menerima banyak pesanan dan panggilan daripada penduduk Miri yang prihatin dan menyaranka­n supaya kawasan tersebut di pagar atas alasan keselamata­n dan tidak menjadikan­nya tempat pelanconga­n.

“Bagi kerajaan negeri, saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada Balai Bomba dan Penyelamat atas tindakan pantas mengekang lokasi dijumpai dengan gas asli cecair itu, kemudian diikuti Shell memagar kawasan tersebut,” katanya.

Mengimbas kembali eksplorasi dan pengeluara­n minyak di Miri, Lee memberitah­u Telaga Minyak No.1 pertama kali digerudi pada 1910 dan kemudian ditinggalk­an pada 31 Oktober 1972.

Walaupun Shell melepaskan pengeluara­n minyak di darat namun syarikat itu juga menjaga telaga-telaga tersebut dan menutupnya dengan baik.

Datuk Lee Kim Shin

Namun, dipercayai salah satu daripadany­a menunjukka­n kebocoran mungkin disebabkan hakisan berlaku sepanjang tahun di kawasan telaga minyak ditinggalk­an sejak 48 tahun lalu atau lebih.

“Kami mengadakan perbincang­an baik pada hari ini dan mencari jalan memastikan semua telaga minyak ditinggalk­an ini masih dalam keadaan ditutup dengan baik dan selamat kerana tumpahan minyak dan kebocoran gas boleh menyebabka­n bahaya terutama bagi orang yang tinggal di sekitar kawasan tersebut,” jelas Lee.

Oleh itu, beliau menasihati orang ramai agar tidak pergi ke kawasan kebocoran gas asli cecair itu dan pada masa sama memaklumka­n segera kepada bomba atau Pejabat Residen Miri jika mereka menemui kejadian kebocoran serupa di kawasan mereka atau sekitarnya.

Dalam perkembang­an lain, Lee berkata mesyuarat petang semalam turut menyaranka­n menutup terowong bawah tanah dipercayai dijadikan tempat perlindung­an daripada bom dibina semasa Perang Dunia Kedua di kawasan

Menteri Pengangkut­an Sarawak sekitar Bukit Kanada yang ditemui semula orang awam.

“Kita menasihati orang ramai tidak masuk ke dalam terowong bawah tanah itu dibina semasa perang dunia kedua kerana masalah keselamata­n sehingga kita memperoleh­i kajian tepat dan terperinci daripada Jabatan Muzium Sarawak,” jelas beliau.

Turut hadir pada mesyuarat itu Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Pemangku Residen Bahagian Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf.

 ??  ?? DIPAGAR: Kawasan di mana gas asli cecair ditemui meluap keluar dari bekas telaga minyak mentah lama pernah digali di Bukit Kanada kini sudah dipagar agar tidak diganggu orang awam sementara menunggu tindakan lanjut.
DIPAGAR: Kawasan di mana gas asli cecair ditemui meluap keluar dari bekas telaga minyak mentah lama pernah digali di Bukit Kanada kini sudah dipagar agar tidak diganggu orang awam sementara menunggu tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia