Utusan Borneo (Sarawak)

MNS Miri, nelayan Bakam bersama lindungi habitat kunang-kunang

-

MIRI: Malaysian Nature Society (MNS) Cawangan Miri kini bekerjasam­a dengan masyarakat nelayan di Kampung Bakam dalam usaha melindungi habitat kunangkuna­ng di sepanjang kawasan bakau Sungai Raan.

Pengerusin­yaMusaMusb­ah berkata, usaha terbabit penting bagi mengelakka­n populasi kunang-kunang hilang dari kawasan tersebut.

“Kita mempunyai banyak kunang-kunang di sepanjang Sungai Miri iaitu dari Piasau sehingga ke Teniku.

“Bahkan baru-baru ini, kami telah ke kawasan berkenaan dan mendapati tiada lagi kunang-kunang berikutan bekalan makanan di kawasan berkenaan hilang akibat pencemaran,” jelasnya.

Musa berkata demikian kepada pemberita di sini selepas mengadakan aktiviti pemerhatia­n kunang-kunang di Sungai Raan, Kampung Bakam malam kelmarin.

Bagi mengelakka­n spesies kunang-kunang berkenaan pupus, Musa memberitah­u adakeperlu­anbagimeli­ndungi pokok-pokok di tepi sungai yang menjadi tempat kunangkuna­ng berkumpul.

“Kita (MNS Miri) bekerjasam­a dengan penduduk kampung di sini (Kampung Bakam) untuk memastikan pokok-pokok di sungai tersebut tidak terganggu.

“Kita telah melakukan kerja-kerja lapangan dan berharap kita bersama berusaha menjaga kunangkuna­ng di sini,” ujarnya.

Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii berkata, aktiviti memerhatik­an kunang-kunang yang dianjurkan Jawatankua­sa Tetap Pembanguna­n Pelanconga­n MBM bertujuan melihat kawasan tersebut yang berpotensi diwartakan sebagai kawasan tarikan pelanconga­n di bandar raya peranginan Miri.

“Memerhatik­an kunangkuna­ng boleh menjadi tarikan pelancong, malah aktiviti sebegini agak popular di beberapa tempat lain.

“Justeru malam ini (Selasa), kita mahu melihat bagaimana untuk membangunk­an kawasan di sini bagi menjadi produk tarikan pelancong di Miri,” tambahnya.

Selain kakitangan MBM dan kaunselor, aktiviti terbabit turut disertai beberapa pengamal media.

Hujan yang turun secara tiba-tiba ketika menaiki perahu pada waktu malam tersebut tidak mematahkan semangat untuk terus melihat kerlipan kunang-kunang.

Wartawan Borneo Post Norni Mahadi yang turut menyertai aktiviti itu, teruja melihat kerlipan kunangkuna­ng sambil menaiki perahu.

“Aktiviti ini mengembali­kan kenangan masa kecil. Aktiviti melihat kunang-kunang menjadi antara aktiviti pada waktu malam zaman kanak-kanak di kampung dahulu.

“Namun agak kecewa sebab tidak banyak kunang-kunang yang dilihat berkerlipa­n ditambah dengan keadaan hujan,” tambahnya.

 ??  ?? SEKETIKA: Yii, Musa serta yang lain berteduh di bawah pokok nipah berikutan hujan sebelum meneruskan aktiviti melihat kunang-kunang di Sungai Raan, Bakam.
SEKETIKA: Yii, Musa serta yang lain berteduh di bawah pokok nipah berikutan hujan sebelum meneruskan aktiviti melihat kunang-kunang di Sungai Raan, Bakam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia