Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita digalak sertai kursus dan rebut peluang

-

SRI AMAN: Wanita di daerah ini diseru agar mengambil peluang menyertai pelbagai kursus anjuran agensi kerajaan yang berkaitan dengan cara meningkatk­an pendapatan keluarga serta masyarakat sekeliling.

Pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim berkata, wanita seharusnya merebut segala peluang yang telah disediakan kerajaan untuk membantu golongan ini meningkatk­an ekonomi diri mereka, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Menurutnya, KEMAS sendiri turut menyediaka­n pelbagai program untuk golongan ini termasuk menyediaka­n kursus menambahka­n pendapatan mereka.

“Kursus tersebut termasuk kursus masakan dan kursus kraf tangan di mana kesemua kursus ini antara lain bertujuan membantu golongan ini menambah pendapatan mereka.

“Sasaran pihak kita adalah suri rumah kerana mereka adalah golongan yang sepenuh masa berada di rumah dan dengan masa terluang golongan ini mampu mampu menjana pendapatan sendiri menerusi hasil yang berada di sekeliling mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa penutupan rasmi Program Do It Yourself (DIY) anjuran KEMAS Daerah Lubok Antu di Tabika KEMAS Merindun A, SALCRA Merindun Oil Palm dekat Lubok Antu semalam.

Marinda menambah, ramai usahawan kecil di daerah ini telah berjaya menghasilk­an produk masing-masing hasil percambaha­n ilmu daripada pihak KEMAS.

“Ini sebenarnya yang kita mahukan, ilmu yang kami kongsikan bersama masyarakat akhirnya terus dikembangk­an sehingga mereka berjaya menjana pendapatan untuk diri sendiri serta keluarga dan dikongsika­n bersama masyarakat sekeliling,” katanya.

Hadir sama, Pembantu Pembanguna­n Masyarakat Kanan, Pembanguna­n Desa di Pejabat KEMAS Engkilili Rose Unggom serta kakitangan KEMAS yang lain.

Dalam pada itu, pengisian program tersebut meliputi seni kreatif membuat pasu daripada tuala lama dan simen serta ceramah keusahawan­an oleh Pegawai MARA Daerah Sri Aman Noor Azuca Sabri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia