Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kes positif COVID-19 baharu di Sarawak semalam

-

KUCHING: Jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 di Sarawak kekal 703 selepas tiada kes baharu dilaporkan semalam.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataann­ya semalam berkata setakat ini juga hanya satu kluster yang masih aktif iaitu Kluster Alam di Bintulu melibatkan lapan kes.

Bagaimanap­un, kesemua kes dalam kluster berkenaan telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital.

“Dimaklumka­n juga, satu kes baharu telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital Sibu hari ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes yang pulih dan discaj dari hospital, 681 atau 96.87 peratus.

“Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan ditempatka­n di wad pengasinga­n tiga, iaitu masing-masing satu di Hospital Sungai Buloh, Selangor, Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Bintulu,” jelas JPBNS.

Sementara itu, jumlah kematian akibat COVID-19 di Sarawak kekal 19 orang atau 2.70 peratus.

Semalam juga 11 kes orang disyaki (PUI) dilaporkan dan dua masih menunggu keputusan ujian makmal.

Dalam perkembang­an berkaitan, JPBNS berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluark­an tiga notis kompaun iaitu masing-masing satu di Miri, Kota Samarahan dan Betong kerana tidak mematuhi garis panduan (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Hari ini 1,615 premis telah dipantau iaitu pasar raya (195), restoran (284), kilang (22), bank (118), pejabat kerajaan (34), penjaja (49), pasar tani/awam (94), tampat ibadat (80), tempat riadah (45), tapak pembinaan (14) dan lain-lain (680).

“Selain itu 2,043 kenderaan telah diperiksa dalam enam sekatan jalan raya yang diadakan sempena Ops Benteng.

“Sekatan jalan raya itu diadakan di Lundu (dua), Serian, Sri Aman dan Lubok Antu masing-masing satu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia