Utusan Borneo (Sarawak)

Anwar tak fikir soal negara, rakyat dan ekonomi, kata Wan Junaidi

-

KUCHING: “Anwar tidak memikirkan soal negara, rakyat dan ekonomi. Dia tak fikir benda-benda macam ini, dia fikir dia nak jadi Perdana Menteri sahaja,” kata Ahli Majlis Tertinggi PBB Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Tambahnya, tindakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan persekutua­n baharu, dikhuatiri akan menimbulka­n ketidaksta­bilan politik dalam negara.

Ketika dihubungi Utusan Borneo semalam beliau berkata, para pelabur takut hendak menanam modal apabila kerajaan tidak stabil.

Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi itu dalam pada itu menafikan dakwaan mengatakan Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Ahli-ahli Parlimen GPS tidak berpecah belah dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, tegasnya.

“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kalau nak buat apaapa beliau mesti panggil Ahliahli Parlimen (GPS) dulu.

“Tak pernah dia buat keputusan begitu sahaja. Beliau begitu inklusif, sangat terperinci. Saya tak percaya langsung benda ini berlaku dengan GPS,” katanya.

Wan Junaidi berkata lagi, mesyuarat kabinet semalam juga berjalan seperti biasa dengan dihadiri menterimen­teri daripada GPS, PAS dan UMNO.

Ini menunjukka­n kerajaan PN tidak jatuh seperti didakwa Anwar menerusi satu sidang media bagi mengumumka­n sokongan majoriti Ahli Parlimen

terhadapny­a untuk memimpin kerajaan baharu.

“Tak adalah yang jatuh. Cerita ini macam cerita dongeng, buatan sahaja untuk mempengaru­hi apa yang berlaku di Sabah (Pilihan Raya Negeri).

“Bagaimana kalau tak ada (sokongan Ahli-ahli Parlimen) GPS, beliau (Anwar) boleh mendakwa memperoleh­i sokongan hampir dua pertiga,” soalnya.

Wan Junaidi menjelaska­n, Anwar atau sesiapa sahaja tidak boleh meminta Yang di-Pertuan Agong melantikny­a sebagai Perdana Menteri ketika jawatan ini masih disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ketika Tan Sri Muhyiddin (dilantik) ia berlaku kerana Tun Dr Mahathir Mohamad dah meletak jawatan.

“Jadi tempat itu kosong. Di bawah Artikel 43 Perlembaaa­n Persekutua­n, jelas mengatakan, Agong tiada kuasa untuk menggugurk­an Perdana Menteri.

“Agong hanya berkuasa melantik Perdana Menteri apabila kosong atau apabila hilang kepercayaa­n.

“Mana buktinya (hilang kepercayaa­n). Adakah (menerusi) sidang Parlimen, adakah ada usul tertentu? Tidak ada, surat sumpah (akuan berkanun) tak (dapat) pakai,” katanya.

Mengulas mengenai perkara sama, Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata GPS tidak sewenang-wenangnya mengalihka­n sokongan kepada Anwar.

“GPS teguh bersama PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Parti kita tidak mudah untuk digula-gulakan untuk mengalihka­n sokongan.

“Kita setuju bersama PN agar dapat mewujudkan kestabilan politik di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia