Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan Anwar hanya untuk mengeliruk­an rakyat: Masing

-

SERIAN: Dakwaan Presiden PKR Datuk Seri Anwar bahawa beliau mendapat sokongan kukuh Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutua­n baharu disifatkan hanya untuk mengeliruk­an rakyat.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata beliau melihat tindakan Anwar itu hanya mahu mewujudkan kekeliruan rakyat di Sabah yang pada ketika ini dalam Pilihan Raya Negeri.

“Beliau mahu menyatakan yang Sarawak juga tidak menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya merasakan tindakan ini sesuatu yang mengejutka­n daripada seorang yang berkaliber dan pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Serba Guna SJK Chung Hua Serian di sini, semalam.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini mendorong tindakan yang dilakukann­ya kini.

Bagaimanap­un Sarawak katanya, di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap dengan pendirian untuk kekal menyokong kerajaan sedia ada di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin

Yassin.

“Ini kerana kami melihat hubungan kerajaan negeri dan persekutua­n (Perikatan Nasional) amat baik dan stabil.

“Apa yang penting adalah kestabilan kerajaan kita dan bukan siapa yang menjadi Perdana Menteri,” tegasnya sambil memberitah­u, kesemua wakil rakyat PRS tetap menyokong Muhyiddin.

KUCHING: Sarawak terus melebarkan sayapnya dalam pasaran Singapura apabila negaraitum­embuattemp­ahanbaharu 11.5 tan metrik ikan segar dari Batang Ai, Sri Aman.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n Pejabat Pelanconga­n dan Perdaganga­n Sarawak, Singapura (STATOS) semalam, salah satu pengeluar terbesar ikan tilapia Sarawak, Borneo Eco Fish Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk mengekspor­t enam tan ikan patin dan 5.5 tan ikan tilapia ke Singapura menerusi Sheng Siong Group, rantaian pasar raya ketiga terbesar di negara itu selain mempunyai 63 kedai di seluruh dunia.

“Kami gembira ikan tilapia baka Sarawak mendapat tempat dan sambutan sangat baik daripada pelanggan-pelanggan di Singapura.

“Mereka amat menghargai kualiti dan nutrisi yang kaya pada ikan tilapia yang diternak menggunaka­n teknik moden di negeri ini,” kata Ketua Pengurus Borneo Eco Fish Thomas Hii.

Hii menambah, tempahan itu adalah yang terbaharu diterima daripada kumpulan pasar raya besar Singapura itu sejak 2019 dan optimis dengan kemasukan ikan patin sebanyak enam tan ke pasaran negara itu.

“Tempahan dari Singapura diperluask­an kepada ikan patin, menunjukka­n produk ikan Sarawak berpotensi besar mengembang­kan lagi ‘ruang pasaran’ dalam wilayah antarabang­sa baharu,” katanya sambil menambah, ia juga menunjukka­n prospek pelaburan seterusnya di kawasan ternakan baharu di Bakun, Murum dan Baleh.

Antara pemacu lain di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), pertanian dan akuakultur dipertingk­atkan menerusi teknologi bersepadu dalam pertanian, pengurusan rantaian bekalan dan teknologi pintar bagi membolehka­n Sarawak merealisas­ikan impian menjadi pengekspor­t bersih produk makanan berasaskan pertanian.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? MENGELIRUK­AN: Masing ketika ditemui pemberita selepas majlis di Serian, semalam.
— Gambar Roystein Emmor MENGELIRUK­AN: Masing ketika ditemui pemberita selepas majlis di Serian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia