Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif kepimpinan Sarawak Energy diiktiraf dunia

Dapat Anugerah Tanggungja­wab Sosial Korporat Global Tahunan Ke-12, Anugerah Tadbir Urus Yang Baik 2020

-

Ini adalah pengiktira­fan peringkat antarabang­sa yang berprestij dicapai dengan sokongan dan bimbingan Kerajaan Sarawak dan Kementeria­n

Utiliti.

Datu Sharbini Suhaili

KUCHING: Kepimpinan Sarawak Energy yang menonjol dalam inisiatifi­nsiatif kelestaria­n dan pembanguna­n komuniti menerima pengiktira­fan dunia apabila mendapat anugerah platinum berganda pada Anugerah Tanggungja­wab Sosial Korporat Global Tahunan Ke-12 dan Anugerah Tadbir Urus Yang Baik 2020 diumumkan dalam talian pada 15 September lalu.

Pemaju tenaga diperbahar­ui terbesar Malaysia dan kuasa utilitiuta­maSarawak,Sarawak Energy menerima anugerah Platinum di bawah kategori ‘Kecemerlan­gan Dalam Penyediaan Pendidikan & Literasi’ bagi Dana Pendidikan Penan Belaga ditubuhkan­nya.

Sarawak Energy dalam kenyataan medianya semalam turut memaklumka­n bahawa Ketua Pegawai Eksekutif

Kumpulan Datu Sharbini Suhaili turut menerima anugerah Platinum di bawah kategori Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik.

Dana Pendidikan Penan Belaga ditubuhkan pada 2015 menerusi konsultasi dan rakan kongsi dengan komuniti Penan di Belaga bagi menyokong keperluan generasi muda menerusi pendidikan serta latihan kemahiran.

Sharbini menerima anugerah tertinggi di bawah kategori Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik atas peranannya dalam mengetuai agenda kelestaria­n Kumpulan menerusi inisiatif-inisiatif seiring dengan Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa Bersatu (SDGs).

Mengulas mengenai anugerah itu, Sharbini berkata: “Ini adalah pengiktira­fan peringkat antarabang­sa yang berprestij dicapai dengan sokongan dan bimbingan Kerajaan Sarawak dan Kementeria­n Utiliti serta dedikasi 5,200 pekerja kami.

“Selain pembanguna­n ekonomi Sarawak yang stabil dan peningkata­n industri menggunaka­n tenaga, pembanguna­n kuasa hidro diperbahar­ui dilihat telah menyaksika­n penyahkarb­onan bekalan elektrik menurun kira-kira 77 peratus dalam kepadatan grid karbon sejak 2010.

“Kami akan meneruskan usaha-usaha untuk menyatukan kelestaria­n dalam pembuat keputusan kami serta bagaimana kami mengurus serta mengendali­kan perniagaan sebagai penyedia tenaga diperbahar­ui bertanggun­gjawab, untuk memastikan kami membina tenaga diperbahar­ui masa depan bagi generasi akan datang,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Perkhidmat­an Korporat Sarawak Energy Siti Aisah Adenan ketika mengulas mengenai penerimaan anugerah itu, berkata: “Pendidikan dan generasi muda, bidang yang sangat penting dan tunjang kepada strategi tanggungja­wap sosial korporat kami. Kami mengiktira­f kepentinga­n pendidikan dalam merancakka­n lagi pembanguna­n komuniti dalam bidang-bidang yang kami kendalikan.

“Kami mahu berterima kasih kepada komuniti yang menerima manfaat atas sokongan dan kerja sama mereka kerana tanpa semua ini, inisiatif-inisiatif ini tidak dapat dilaksanak­an dengan lancar.

“Dana Pendidikan Penan Belaga adalah tabung melibatkan dana dibangunka­n bersama pusingan RM200,000 yang Tabung Amanah Bakun dan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

komuniti Penan berhampira­n HEP Murum dan HEP Bakun menerusi penglibata­n awal serta proaktif seiring dengan protokol-protokol kelestaria­n Persatuan Kuasa HidroAntar­abangsater­masuk SDGs PBB,” tambahnya.

 ??  ?? CEO TERBAIK: Sharbini terima anugerah Platinum di bawah kategori Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik.
CEO TERBAIK: Sharbini terima anugerah Platinum di bawah kategori Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia