Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada konfrontas­i di Beting Patinggi Ali: APMM

Aset APMM sentiasa kawal kedaulatan negara, kapal pengawal pantai China berada di situ sepanjang masa

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Mengenai Beting Patinggi Ali, setiap bulan kita memang sentiasa berada di sana dengan menempatka­n aset-aset

APMM terutama kapal.

Kapten Maritim Md Fauzi Othman

MIRI: Aset-aset Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa ditempatka­n di Beting Patinggi Ali bagi mengawal kedaulatan negara.

Pengarah Zon Maritim Miri Kapten Maritim Md Fauzi Othman turut mendedahka­n bahawa aset China iaitu kapal pengawal pantainya memang berada di Beting Patinggi Ali sepanjang masa.

“Mengenai Beting Patinggi Ali, setiap bulan kita memang sentiasa berada di sana dengan menempatka­n aset-aset APMM terutama kapal.

“Ini bukan hanya Zon Maritim Miri sahaja, ia termasuk daripada Maritim Negeri Sarawak sendiri yang turut menempatka­n kapal di sana

Pengarah Zon Maritim Miri

dan ada juga kapal (Maritim) dari Semenanjun­g Malaysia yang hadir ke kawasan itu untuk mengawal kedaulatan negara Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemu bual pemberita pada Program Latihan Penembakan Senjata Kecil Pistol Zon Maritim Miri di Lapang Sasar Pasukan Gerakan Am (PGA) Lambir di sini, semalam.

Mengulas lanjut Md Fauzi berkata, setakat ini tiada konfrontas­i antara Malaysia dan China di Beting Patinggi Ali.

“Cuma kita menempatka­n aset dan China juga melakukan perkara yang sama, menempatka­n aset mereka di sana dan tidak ada negara-negara lain yang terlibat di kawasan sana (Beting Patinggi Ali),” ujar beliau.

Sementara itu Md Fauzi berkata, keadaan perairan di kawasan Zon Maritim Miri berada dalam keadaan yang agak baik di mana kes penceroboh­an berkuranga­n.

“Ini terutamany­a selepas ada kes yang agak tegang baru-baru ini yang mana terdapat kejadian menembak (kes berlaku di Pasir Puteh, Kelantan).

“Disebabkan tindakan agresif yang dibuat pihak nelayan Vietnam kepada APMM yang mana kita mengambil langkah mempertaha­nkan diri sehingga menyebabka­n kematian.

“Tapi apa pun saya harap ini menjadi iktibar kepada nelayan asing supaya mereka tidak lagi memasuki perairan Malaysia,” tegasnya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Miri merakam kenangan ketika Program Latihan Penembakan Senjata Kecil semalam.
UNTUK ALBUM: Pegawai dan anggota APMM Zon Maritim Miri merakam kenangan ketika Program Latihan Penembakan Senjata Kecil semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia