Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda dipenjara enam bulan kerana simpan harta curi

-

MIRI: Mahkamah Majistret di sini menjatuhka­n hukuman penjara enam bulan ke atas seorang pemuda kerana kesalahan dengan curang menyimpan harta curi.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Md Syafique Md Hilmi setelah Mohammad Shafiq Azwan Razaman, 25, dari Quadruplex Bandar Baharu Permyjaya di sini mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan ke atasnya mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun serta boleh didenda jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati dengan curang menyimpan harta curi iaitu sebuah enjin motosikal dengan nombor pendaftara­n QM97xxE bernilai RM7,000 dan merupakan kepunyaan Baxter Keir.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 10.05 malam, pada 27 Ogos lalu di tepi Jalan Prunus 2 Piasau Utara di sini.

Di hadapan mahkamah tertuduh merayu hukuman ringan memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Sementara dalam satu kes berasingan, tertuduh turut diperintah­kan supaya menjalani program khidmat masyarakat selama tempoh tiga bulan dengan melakukan kerja sosial empat jam sehari setelah mengaku bersalah menggunaka­n dadah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah seksyen sama.

Mengikut kesalahan ini, Shafiq boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai seperti ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan memasukkan dadah ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.15 petang, 21 Julai 2018 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.

Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia