Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Pelanggan Bersama Warga Kerja PMU dianjurkan dengan jayanya

-

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) telah berjaya menganjurk­an Hari Pelanggan Bersama Warga Kerja PMU baru-baru ini.

Program sehari suntuk itu merupakan anjuran Unit Sokongan Akadenik PMU.

Menurut Pengarah PMU Dullah Muluk, program yang julung kali diadakan ini bertujuan memberi peluang kepada warga kerja PMU mengemukak­an pertanyaan, cadangan dan aduan berkaitan perkhidmat­an, hal gaji, hal cuti serta lain-lain secara langsung kepada pegawai bertugas.

“Ia juga memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmat­an dan kemudahan yang disediakan serta mengeratka­n hubungan di antara pihak sokongan dengan pengurusan dengan semua warga kerja PMU,” katanya berucap ketika majlis perasmian di Dewan Serba Guna Politeknik Mukah baru-baru ini.

Program sehari itu juga adalah sebagai perintis kepada pihak PMU dan akan menjadikan­nya terbuka kepada orang luar pada masa akan datang.

Di samping itu, ia turut dijadikan medan maklum balas pelanggan sebagai input untuk perancanga­n dan penilaian perkhidmat­an pentadbira­n di PMU sekali gus sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkata­n imej PMU.

Katanya, pelbagai unit dijemput untuk turut serta termasuk Unit Khidmat Pengurusan, Unit Bahagian Kewangan dan Akaun, Unit Pengurusan Aset, Unit Pusat Sumber, Unit Komunikasi dan Korporat serta unit-unit lain yang sedia membantu.

Sebanyak tiga agensi luar turut dijemput untuk menjayakan program iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tabung Haji dan Baitulmal Cawangan Mukah.

Kerjasama daripada agensi ini penting kepada warga kerja PMU kerana dapat menyemak serta berpeluang bertanya tentang pinjaman pendidikan terutama bagi pelajar yang mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sekali gus bakal membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat pengajian tinggi.

Tabung Haji dan Baitulmal pula dapat membantu membuat semakan hal simpanan, bantuan dan sebagainya.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Pengarah Akademik PMU Mohd Sani Said, Timbalan Pengarah Akademik Sokongan PMU Iskandar Reduan dan ketuaketua jabatan.

 ??  ?? BERI TUMPUAN: Para peserta menghadiri Bengkel Kajian Pelan Induk Pelanconga­n Negeri di Sibu, semalam.
BERI TUMPUAN: Para peserta menghadiri Bengkel Kajian Pelan Induk Pelanconga­n Negeri di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia