Utusan Borneo (Sarawak)

Rotary, OCBC Bank sumbang peralatan perlindung­an diri kepada sekolah

-

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana kesalahan terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh supaya menjalani pengawasan pihak berkuasa selama tempoh dua tahun.

Sufian Mohamad Alwi, 35, dari Piasau Jaya Fasa 1 di sini didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah seksyen sama.

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan pegawai seperti ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Menurut keterangan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis amphetamin­e dan methamphet­amine terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234) dengan memasukkan dadah itu ke dalam tubuh sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 11.25 pagi, pada 24 Jun 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Pendakwaan dilakukan ASP Koay Kok Ping di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

SIBU: Kelab Rotary Sibu dengan kerjasama OCBC Bank giat menyumbang peralatan perlindung­an diri (PPE) dan keperluan lain bagi menangani COVID-19 ke sekolah-sekolah di sini termasuk SMK Sacred Heart.

Semalam, SMK Sacred Heart telah menerima termometer inframerah K3, 3,000 keping pelitup separuh muka dan lima unit pembersih udara dengan satu set lima botol minyak pati terapi udara.

Presiden Kelab Rotary Sibu Stephen Wong Kie Yong berkata, sebagai langkah menghadapi COVID-19, pengurusan sekolah perlu mengingatk­an para pelajar tentang langkah-langkah meningkatk­an kebersihan diri dari semasa ke semasa.

“Peralatan seperti pelitup separuh muka ini hanya sebagai langkah berjaga-jaga kepada kita semua, apa yang lebih penting adalah setiap daripada pelajar perlu meningkatk­an kebersihan diri setiap masa.

“Mereka (pelajar) perlu diingatkan agar sentiasa membasuh tangan, mengambil berat tentang sakit atau demam dan mengamalka­n sikap sentiasa menjaga kebersihan,” katanya.

Stephen berkata, kebersihan bermula dari rumah dan begitu juga sekolah justeru sumbangan seumpama itu merupakan tanggungja­wab sosial korporat (CSR) daripada OCBC Bank.

Hadir sama pada majlis penyerahan sumbangan tersebut ialah Pengetua SMK Sacred Heart David Teo Wu.

 ??  ?? BERJAYA: Warga PMU dalam satu sesi fotografi selesai Hari Pelanggan.
BERJAYA: Warga PMU dalam satu sesi fotografi selesai Hari Pelanggan.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Stephen (empat kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada David pada majlis berkenaan.
TERIMA KASIH: Stephen (empat kiri) menerima sijil penghargaa­n daripada David pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia