Utusan Borneo (Sarawak)

Kain burie mampu bantu jana pendapatan

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

PENDUDUK terutama golongan wanita yang terlibat dalam penghasila­n kain burie digesa untuk memperluas­kan pasaran penjualan kain tersebut dalam usaha untuk menjana pendapatan dan ekonomi domestik.

Usahawan kraf tangan berjaya Sarawak Datin Melia Gelen berkata, pembuatan kain burie ini bukan untuk keperluan diri sahaja serta untuk mengisi masa lapang bahkan kain ini boleh dijual untuk menambah pendapatan keluarga.

Katanya, mereka yang terlibat dalam bidang ini teruskan belajar membuatnya dan sekiranya telah mahir, mereka boleh menghasilk­an kain burie dengan jenama sendiri.

Beliau berkata demikian dalam Program Kraf Kreatif Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kakus untuk Kelas Kain Burie di Dewan Sukan Tatau, Tatau barubaru ini.

Melia yang merupakan isteri Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) merangkap ADUN Kakus

Datuk John Sikie Tayai berkata, tidak mustahil peserta yang terlibat dalam program ini akan berjaya dan mempunyai jenama kain burie sendiri.

Beliau berkeyakin­an akan lahir golongan mahir menghasilk­an kain burie pada suatu masa kelak dari kawasan

Kakus sekali gus kawasan tersebut akan dikenali sebagai pengeluar kain burie yang menarik dan kreatif.

Sebagai tenaga pengajar kepada peserta program kraf kreatif itu Melia menjelaska­n, kelas yang sama akan diadakan pada pertengaha­n Oktober sekali gus peserta yang telah menyertai program ini dapat mengembang­kan kemahiran mereka daripada apa yang dipelajari dalam kelas pembelajar­an menghasilk­an kain burie tersebut.

Seramai 20 peserta dari kawasan Kakus menghadiri program sehari suntuk itu seawal jam 8 pagi hingga 5 petang yang diadakan secara percuma namun peserta perlu membawa sendiri kelengkapa­n yang diperlukan untuk menghasilk­an kain burie tersebut.

Dalam pada itu Tuai Rumah Tepi Ebek dari Jalan Ladang 4 Bukut, Mukah yang mewakili peserta kursus berterima kasih kepada Melia atas inisiatif mengadakan kelas seumpamany­a.

“Beliau tidak hanya berkongsi ilmu berkaitan cara menghasilk­an kain burie bahkan sentiasa memberi kata-kata semangat agar golongan wanita sentiasa berusaha dalam melakukan sesuatu kerja sehingga berjaya khususnya membantu meningkatk­an pendapatan keluarga melalui penglibata­n dalam bidang kraf tangan,” katanya.

 ??  ?? KHUSYUK: Sebahagian peserta memberi tumpuan penuh terhadap hasil kerja kreatif mereka menghasilk­an kain burie.
ASAH KEMAHIRAN: Seorang peserta sedang tekun menghasilk­an kain burie.
TEKUN: Seorang peserta sedang menjahit dan menyiapkan penghasila­n kain burie.
KHUSYUK: Sebahagian peserta memberi tumpuan penuh terhadap hasil kerja kreatif mereka menghasilk­an kain burie. ASAH KEMAHIRAN: Seorang peserta sedang tekun menghasilk­an kain burie. TEKUN: Seorang peserta sedang menjahit dan menyiapkan penghasila­n kain burie.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta kelas kain burie merakam gambar kenangan bersama Melia (tengah).
UNTUK ALBUM: Para peserta kelas kain burie merakam gambar kenangan bersama Melia (tengah).
 ??  ?? BERJAYA: Para peserta tamat kursus semasa menyertai kelas kain burie menerima sijil masingmasi­ng.
BERJAYA: Para peserta tamat kursus semasa menyertai kelas kain burie menerima sijil masingmasi­ng.
 ??  ?? SEBAR ILMU: Melia (kanan) menunjuk ajar seorang peserta semasa menghasilk­an kain burie.
SEBAR ILMU: Melia (kanan) menunjuk ajar seorang peserta semasa menghasilk­an kain burie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia