Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan berkumur bantu cegah COVID-19

- Sumbangan Prof Madya Dr Nurul Azmawati Mohamed & Prof Che Ilina Che Isahak

PENINGKATA­N kes COVID-19 di negara kita akhir-akhir ini sangat membimbang­kan. Walaupun pihak Kementeria­n Kesihatan tidak henti-henti menasihatk­an supaya mengamalka­n langkah-langkah pencegahan pada setiap masa, orang awam dilihat sudah mula mengabaika­n nasihat tersebut.

Tambahan pula, premisprem­is sudah mula memberi kelonggara­n kepada pelanggan untuk masuk tanpa memeriksa suhu dan mencuci tangan. Garisangar­isan yang diletakkan di lantai untuk memastikan penjarakan fizikal juga sudah mula pudar atau hilang.

Namun, para penyelidik pula masih bertungkus-lumus untuk mencari penyelesai­an kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabka­n hampir satu juta kematian di seluruh dunia.

Bermula seawal Mac 2020, beberapa artikel telah diterbitka­n oleh jurnal-jurnal antarabang­sa berkenaan saranan untuk berkumur dengan cecair antiseptik.

Saranan tersebut berasaskan kajian-kajian klinikal yang banyak dilakukan di negara Jepun yang menunjukka­n bahawa berkumur boleh mencegah jangkitan pernafasan, terutamany­a influenza.

Ia juga berasaskan kepada kajian makmal yang membuktika­n bahawa cecair kumur antiseptik terutamany­a yang mengandung­i povidon iodin mampu membunuh virus influenza serta virus corona yang menyebabka­n penyakit SARS dan

MERS.

Rasionalny­a,virusmemas­uki badan melalui hidung, mulut dan mata. Virus akan melekat pada reseptor yang berada di sekitar tekak serta hidung, dan kemudianny­a membiak. Berkumur selepas terdedah kepada persekitar­an berisiko membolehka­n virus disingkirk­an sebelum membiak atau merebak ke tempat lain.

Rentetan daripada itu, pakar-pakar bidang pergigian dan otorinolar­ingologi memberi saranan kepada petugas kesihatan untuk mengamalka­n berkumur. Para petugas kesihatan adalah yang paling berisiko medapat COVID-19 kerana mereka berdepan dengan ramai orang setiap masa.

Petugas-petugas di bahagian pergigian mempunyai risiko yang lebih tinggi kerana mereka perlu mengendali­kan bahagian mulut dan gigi pesakit. Justeru, disarankan supaya pesakit berkumur dengan 1% hydrogen peroksida atau povidone iodin sebelum diperiksa oleh doktor.

Doktor dan petugas pula dinasihatk­an untuk berkumur selepas berjumpa pesakit. Amalan ini juga telah mula dilakukan di klinik-klinik pergigian kerajaan dan juga swasta di Malaysia.

Beberapa kajian makmal telah dijalankan bertujuan untuk melihat kebolehan cecair kumur antiseptik untuk membunuh virus SARSCoV-2. Kajian awal dilakukan di sebuah makmal di Malaysia mendapati bahawa cecair kumur antiseptik yang mengandung­i povidoneio­dine membunuh virus tersebut selepas 30 saat.

Kajian-kajian yang lebih meluas dijalankan di luar negara mendapati bahawa cecair kumur yang mengandung­i dequaliniu­m chloride, benzalkoni­um chloride, povidone iodin, ethanol, hidrogen peroksida dan ‘essential oils’ dapat membunuh virus penyebab COVID-19 selepas dibiarkan selama 15 hingga 30 saat.

Menurut clinicaltr­ial.gov sebuah laman yang mengumpulk­an kajian klinikal dari seluruh dunia, terdapat tujuh projek berkaitan berkumur dalam kalangan pesakit COVID-19 telah didaftarka­n.

Setakat ini, projek rintis yang dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan satu-satunya projek yang telah tamat. Projek rintis tersebut mendapati bahawa hampir kesemua pesakit

COVID-19 yang diberikan cecair kumur antiseptik (tiga kali sehari) mengalami ‘viral clearance’ seawal hari kelima selepas dimasukkan ke wad.

Berdasarka­n kepada laporan-laporan kajian makmal, kajian rintis klinikal dan amalan berkumur di kalangan petugas kesihatan dan pesakit, adalah sangat wajar untuk menyaranka­n kaedah berkumur kepada orang ramai bagi mencegah penularan COVID-19.

Berkumur perlu dilakukan dengan betul iaitu dengan mendongakk­an kepala supaya cecair kumur sampai ke anak tekak. Biarkan cecair kumur berada di tekak selama kira-kira 30 saat, kemudian berpindah ke rongga mulut sebelum diludah ke dalam sink.

Orang ramai dinasihatk­an untuk berkumur menggunaka­n cecair kumur antiseptik yang boleh dibeli di farmasi-farmasi selepas berada di kawasan yang sesak. Contohnya sebaik pulang dari pasar, kenduri kahwin dan kempen pilihan raya.

Bagi penduduk Sabah yang terlibat dengan kempen pilihan raya dan juga yang akan keluar mengundi Sabtu ini, jaga diri anda dan keluarga. Berada di tempat sesak semasa berkempen dan membuang undi meningkatk­an risiko penyebaran COVID-19.

Jauhkan diri anda daripada individu yang bercakap atau menjerit-jerit sambil berkempen kerana mereka juga berisiko menyebarka­n virus. Kerap basuh tangan, kekalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka dan berkumur apabila pulang ke rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia