Ahli Parlimen DAP, AMANAH sokong Anwar bentuk kerajaan baharu
KUALA LUMPUR: Dua parti komponen Pakatan Harapan (PH) semalam menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu selepas Presiden PKR itu mendakwa mendapat sokongan mencukupi ahli parlimen.
Kenyataan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) itu susulan pengumuman Anwar pada sidang media tengah hari semalam bahawa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ ahli parlimen untuk berbuat demikian.
Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kesemua 42 Ahli ParlimenDAPmenyokongAnwaruntukmembentukkerajaan persekutuan yang baharu.
“Selaras dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan, 42 ahli parlimen DAP akan memberikan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri sekiranya beliau cukup bilangan untuk membentuk kerajaan,” katanya.
Terdahulu pada sidang media itu, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untukmenghadapYangdi-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.
Sementara itu, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti tersebut meletakkan kepercayaan kepada Anwar sebagai Pengerusi PH dan mengesahkan kesemua 11 ahli parlimen AMANAH memberi sokongan penuh kepada Anwar untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.
“Kami mengambil maklum pengumuman yang dibuat Anwar hari ini (semalam) bahawa beliau memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
“Sepertiyangdiputuskanoleh Majlis Presiden PH sebelum ini, AMANAH mengesahkan bahawa semua 11 ahli parlimen menyokong sepenuhnya kepimpinan Anwar sebagai Pengerusi PH dan memberi sokonganpenuhkepadabeliau,” katanya dalam kenyataan.
Selain Mohamad (Kota Raj), 10lagiahliparlimenAMANAH ialah Datuk Seri Salahuddin Ayub (Pulai), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (Parit Buntar), Khalid Samad (Shah Alam), DatukSeriDrDzulkeflyAhmad (Kuala Selangor), dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). — Bernama