Utusan Borneo (Sarawak)

Liga Limbang 2020 buka tirai dengan Liga Belia Okt ini

-

LIMBANG: Liga Limbang 2020 anjuran Persatuan Bola Sepak Limbang (LFA) akan membuka tirainya dengan penganjura­n Liga Belia yang akan diadakan bermula Oktober ini.

Timbalan Presiden LFA Frederick Lalung berkata, penyertaan untuk Liga Belia hanya terhad kepada pasuka nbelia di daerah Limbang berikutan pandemik COVID-19.

Jelas beliau, setakat ini pihaknya belum mempunyai senarai pasukan yang akan beraksi.

“Liga Belia akan bermula pada Oktober ini yang menyaksika­n Kompleks Sukan Limbang sebagai venue tetap kejohanan dan perlawanan akan dijalankan mengikut garis panduan ( SOP) yang ditetapkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekarang,” katanya pada mesyuarat Liga Belia di sini, semalam.

Turut sama ialah Naib Presiden LFA Bulhaji Wahab dan jawatankua­sa tertinggi LFA lain.

Liga Belia jelas Frederick, merupakan platform terbaik untuk melahirkan bakat pemain untuk diketengah­kan di peringkat tinggi sejajar dengan Limbang yang tersenarai antara pasukan terbaik di Sarawak.

Bagaimanap­un katanya, Liga Veteran yang tertangguh sejak Mac tahun ini akibat pandemik COVID-19 terpaksa dibatalkan kerana melibatkan pemain serta pasukan daripada negara Brunei, Sabah dan seluruh Sarawak.

Pada mesyuarat itu juga, mereka mengemukak­an cadangan untuk menganjurk­an Futsal Tertutup Limbang dan Piala Zon Utara (Miri, Limbang dan Lawas), justeru akan memohon kelulusan daripada presiden LFA yang juga Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

 ??  ?? BINCANG: Frederick (dua kanan), Bulhaji (dua kiri) dan jawatankua­sa LFA pada mesyuarat.
BINCANG: Frederick (dua kanan), Bulhaji (dua kiri) dan jawatankua­sa LFA pada mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia