Utusan Borneo (Sarawak)

ROXY HOTEL SERIAN, HOTEL BUTIK MEWAH, EKSKLUSIF

Dibangun Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd, ia beroperasi secara rasmi selepas majlis pelancaran­nya semalam

-

SERIAN: ROXY Hotel melebarkan sayapnya ke Serian selepas mula beroperasi di negeri ini tiga tahun lalu.

ROXY Hotel Serian yang dibangunka­n oleh syarikat Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd (Tecktonic & Sons), kini beroperasi secara rasmi selepas majlis pelancaran­nya diadakan semalam.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg diberi penghormat­an untuk menyempurn­akan majlis perasmian hotel berkenaan yang dikatakan hotel pertama seumpamany­a di bandar Serian.

ROXY Hotel Serian merupakan hotel keempat diusahakan oleh syarikat berkenaan selepas yang pertama dibangunka­n di Batu 3, Kuching, diikuti di Padungan (Kuching) dan Sematan (Lundu).

Terletak di lokasi strategik, ROXY Hotel Serian tidak hanya menawarkan perkidmata­n serta pengalaman moden dan bergaya ia juga menjanjika­n keselesaan serta kemewahan pada harga mampu milik kepada pelanggann­ya.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamata­n pengguna, ruang letak kereta yang banyak juga disediakan.

ROXY Hotel Serian mudah dikunjungi kerana terletak

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd

tidak jauh dari persimpang­an Serian- Lebuh Raya Pan Borneo, hanya beberapa minit dari Hospital Serian dan 10 minit dari Taman Rekreasi Ranchan.

Pengarah Urusan Tecktonic & Sons Holdings Sdn Bhd Lee Chin Teck ketika ditemui pemberita berkata berkonsepk­an butik hotel mewah dan eksklusif, Roxy Hotel Serian dilengkapi 52 bilik bermula pada harga RM113 dengan sarapan, dibangunka­n bagi memenuhi keperluan pelancong atau orang luar yang datang ke bahagian itu untuk pelbagai urusan.

“Saya memulakan ROXY Hotel tiga tahun lepas dengan yang pertama di Batu 3 (Kuching), kemudian di Padungan dan Sematan.

“Nama ROXY datangnya daripada sebuah pawagam lama dikenali Roxy Cinema (sekarang tidak ada lagi), semua orang tahu pawagam ini.

“Oleh itu, saya menghidupk­an semula nama ini menjadikan­nya ROXY Hotel. Kami adalah pengguna eksklusif kepada jenama ini,” ujarnya.

Menjelas lanjut Lee berkata ROXY Hotel Serian sedikit unik kerana menggunaka­n durian sebagai tema sesuai dengan jolokan pasar Serian sebagai pekan durian.

Lantaran itu sebuah arca durian gergasi berwarna perak di hadapan hotel berkenaan dibina malah beliau menanam pokok durian dalam pasu khas di bahagian atas hotel.

ROXY Hotel Serian, setinggi lima tingkat turut dilengkapi dua dewan serba guna sesuai untuk mengadakan mesyuarat, persidanga­n, majlis berskala kecil termasuk majlis hari jadi.

Ia juga mempunyai dewan bankuet yang dapat menampung 450 orang atau 45 meja pada satu-satu masa selain restoran.

“Jangan risau, kami amat mementingk­an aspek keselesaan kepada tetamu kami, paling penting keselamata­n dan kebersihan,” katanya.

Saya memulakan ROXY Hotel tiga tahun lepas dengan yang pertama di Batu 3 (Kuching), kemudian

” di Padungan dan Sematan.

Lee Chin Teck

 ??  ??
 ??  ?? TERSERGAM INDAH: Roxy Hotel Serian, mercu tanda baharu di bandar Serian.
TERSERGAM INDAH: Roxy Hotel Serian, mercu tanda baharu di bandar Serian.
 ??  ?? RASMI: Abang Johari menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai tanda merasmikan ROXY Hotel Serian. Turut kelihatan Lee (kiri).
RASMI: Abang Johari menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai tanda merasmikan ROXY Hotel Serian. Turut kelihatan Lee (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia