Utusan Borneo (Sarawak)

GPS akan terus sokong PN

Tolak PKR dan pihak tidak bertanggun­gjawab, angkuh tuduh Sarawak bankrap di bawah kepimpinan GPS

- Oleh Patricia Gari

GPS masih kekal memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin

Yassin.

Datuk Alexander Nanta Linggi

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan sekeras-kerasnya sebarang kaitan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung GPS dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi menerusi kenyataan media semalam menegaskan bahawa parti itu menolak sekeras-kerasnya PKR yang bersekutu dengan pihak tidak bertanggun­gjawab dan angkuh melemparka­n tuduhan, Sarawak akan bankrap di bawah kepimpinan GPS.

Beliau berkata negeri Sarawak diterajui Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tambahnya, Abang Johari dapat membawa banyak kebaikan kepada kerajaan persekutua­n dan negeri.

“GPS masih kekal memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana

Setiausaha Agung GPS/PBB

Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“GPS yang dianggotai PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) kekal berpegang teguh kepada prinsip perlunya sebuah kerajaan persekutua­n yang stabil demi kebaikan rakyat dan ekonomi negara,” tegasnya.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata ketika negara sedang berperang dengan penularan COVID19, dan fokus sepenuhnya ditumpukan kepada usaha memulihkan ekonomi rakyat dan negara sebuah kerajaan persekutua­n yang stabil sangat penting.

“Selaku Setiausaha Agung GPS dan PBB saya ingin mengingatk­an Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menghentik­an permainan politik tidak matang demi mencapai kepentinga­n dan cita-cita peribadiny­a.

“Sebagai ahli politik yang veteran dan berpengala­man, Datuk Seri Anwar seharusnya menghentik­an sebarang cubaan untuk mewujudkan ketidaksta­bilan dalam negara yang hanya akan memberi kesan buruk kepada rakyat serta ekonomi,” katanya.

Menurut Nanta kepentinga­n rakyat dan negara pada ketika semua pihak berdepan cabaran penularan COVID-19 yang telah meragut ratusan ribu nyawa di seluruh dunia, perlu diberi keutamaan.

Sebuah portal berita berbahasa Inggeris dalam laporannya semalam memetik beberapa sumber mendakwa wujud perselisih­an faham antara parti mengenai perjanjian antara kerajaan negeri dengan Petronas berhubung isu Cukai Jualan Negeri (SST) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Portal itu juga melaporkan sumber sebagai berkata gesaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan PAS bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang telah memburukka­n lagi hubungan antara GPS dan PN.

 ??  ??
 ??  ?? NANTA
NANTA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia